tazkirah tips

Cara mengatasi stress mengikut Islam

Sharing is caring

Nak tahu cara mengatasi stress?

Stress boleh disebabkan oleh pelbagai masalah.

Lain orang lain masalahnya tapi masalah inilah yang timbulkan stress.

Jangan fokus pada masalah itu.

Buang masa fikir sebab jika kita fikir masalah memang tak akan selesai.

Yang penting – Cari jalan penyelesaian.

Jalan penyelesaian yang muktamad adalah mengikut cara yang Islamik.

Bagaimana caranya ?

Jangan menuding jari pada orang lain.

Tiap kali timbul masalah kita jadi stress.

Jangan ingat tuduh orang lain yang sebabkan masalah akan jadikan kita lebih tenang.

Tiap apa yang terjadi pada diri kita, ianya adalah hasil dari kerja tangan kita sendiri.

Yang ini kita kena ingat selalu.

Baca:  Rahsia kaya dengan sedekah

Pernah dengar kisah Nabi Yunus yang terperangkap dalam perut ikan yu?

Apa amalan Nabi Yunus yang melepaskan dia dari perut ikan ?

Allah swt telah memerintahkan Nabi Yunus agar berzikir, “ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.”

 

Maksudnya kita jangan lalai dari mengingati Allah swt.

Bila kita lalai, syaitan akan masuk ke dalam hati kita dan ia sebabkan stress.

Jadi kita kena penuhkan hati kita, kalbu kita, ingatan kita kepada Allah swt agar tidak ada ruang untuk syaitan mengganggu kita.

Baca:  Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan

Untuk kita kembali kepada Allah swt, eloklah kita bertaubat dengan melakukan solat sunat taubat dan beristighfar sepanjang masa.

Setelah stress itu hilang, seterusnya amalkan zikir terus menerus samada di mulut atau di hati agat Allah swt tidak lekang dari jiwa kita.

Boleh juga tambah amalan dengan banyakkan membaca Al Quran dengan kerap.

Amalkanlah, kita akan menjadi lebih tenang.

In shaa Allah.

cara mengatasi stress

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge