copywriting

Cara nak mempromosikan diri sebagai penjual agar dipercayai pelanggan

Sharing is caring

Promosi diri sendiri dulu sebelum promosi produk.

Ini bukan bermaksud mencanang kebaikan diri sendiri.

Tapi tunjukkan di wall Fesbuk anda bahawa anda ialah seorang yang boleh dipercayai dan mempunyai integriti.

Mudah sahaja. Kita kan seeloknya menyebarkan kebaikan. Menyampaikan nasihat.

Buang sifat-sifat gurau senda melampau dan elak dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.

Apabila anda menjadi penjual online, pembeli akan melihat kepada diri anda juga.

Jadi apabila update status fesbuk, sila selang selikan iklan menjual dengan status update yang lain yang elok-elok.

Cara ini juga akan memberi ruang kepada penjual untuk relaks sedikit dan lari dari kerja-kerja promosi sekejap.

Dengan cara ini juga kita dapat kurangkan stress menjual.

Kreativiti yang tinggi akan terhasil jika kita lebih santai semasa membuat kerja-kerja promosi.

Jika tak percaya lihat sahaja grup-grup yang penuh dengan iklan-iklan menjual.

Saya ingat hari-hari newsfeed fesbuk penuh dengan iklan naik stress juga kita dibuatnya.

Oleh itu, bayangkanlah ye. Jika anda nak menjual, status macam mana yang best dan santai orang lain membaca tetapi ada unsur menjual didalamnya yang mana ianya taklah nampak secara jelas.

Jadi orang baca pun tak stress. Jika dia tak membeli pun dia akan dapat manfaat dari status yang kita buat.

Seeloknya, itulah status yang patut kita buat. Tapi ia bukan mudah dan memerlukan kepakaran.

Ia tak timbul sendiri dan kenalah belajar bagaimana nak menguasai kemahiran menulis sebegini.

NAK TAHU AYAT POWER APA NAK GUNA UNTUK TARIK RAMAI FOLLOWERS?

>> CONTOH AYAT POWER TARIK FOLLOWERS <<

 

 

Hits: 34

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge