Cara promosi blog – simple tapi efektif

Cara promosi blog adalah sukar bagi yang baru memulakan blog. Tapi dari segi pandangan lain ianya tidaklah sesukar mana. Kenapa saya nyatakan begitu?

Dari pengalaman saya yang pernah memulakan blog bermula dari zero sebenarnya cara promosi blog adalah mudah. Sangat mudah. Caranya adalah dengan mengikut trend semasa. Cara promosi blog menjadi sukar apabila anda menulis blog yang orang tidak mahu baca. Dengan kata lain anda perlu berblog ikut citarasa anda tetapi ada triknya agar ianya disulami dengan trend semasa meyebabkan orang lain terpaksa baca atau tertarik untuk klik dan baca. Satu lagi cara ialah dengan menulis topik yang tak banyak orang tulis jadi blog anda akan lebih menonjol dari blog yang lain. Sebenarnya pun semua topik orang dah tulis cuma ada triknya bagaimana nak jadikan blog anda lebih menonjol.

Sebelum saya pergi jauh saya nak maklumkan tips yang saya nak kongsi ni adalah lebih kepada cara promosi dan optimize blog anda secara on page. Maksudnya teknik ini boleh diaplikasikan hanya dengan menggodek blog anda sahaja. Bayangkan, nak tulis blog pun ramai yang sukar nak buat selalu apalagi jika nak promosi blog cara advance. Tak ada masa kan. Jadi saya fokus kepada cara yang mudah sahaja dulu.

Gambar di atas merupakan screenshot trafik bagi blog ini yang saya bina secara slow and steady. Nak tahu caranya? Ikut tips dibawah:

1. Tulis artikel luahan rasa anda atau ‘bebelan’ anda tidak kisah samada anda berblog sebab personal, perniagaan, affiliate, promosi produk dan lain-lain. Tuliskan artikel anda > 300 perkataan. Lebih dari 500 perkataan adalah lebih baik. Tentu ramai yang kata mana nak cari idea nak tulis blog. Caranya adalah dengan tulis apa sahaja – bukan copy dan paste, cara ini akan pastikan artikel anda original dan unik. Google memang suka artikel yang macam ni. Boleh kan.

2. Cari ‘keyword’ yang berkaitan dengan subjek penulisan yang anda dah buat.

3. Periksa persaingan ‘keyword’ tersebut. Pilih ‘keyword’ yang kurang persaingan.

4. Periksa demand ‘keyword’ tersebut. Pilih ‘keyword’ yang banyak demand.

5. Pilih ‘keyword’ yang telah dikenalpasti dan ambil ‘keyword’ ini sebagai tajuk blog post anda. Untuk menarik lebih banyak perhatian pembaca, gabungkan ‘keyword’ tadi dengan ayat anda sendiri yang anda rasa membolehkan pembaca tertarik nak klik blog anda apabila mereka membuat search di Google atau search enjin yang lain.

6. Pastikan ‘keyword’ anda ada di tajuk post.

7. Pastikan ‘keyword’ anda ada dalam artikel anda antara 3-5 kali sahaja. Letak ‘keyword’ di baris pertama artikel, di tengah artikel dan di akhir artikel.

8. Pastikan ‘pastikan’ keyword’ dan ‘keyword-keyword berkaitan’ (related keywords) anda letakkan di ruangan tags (blog wordpress) atau labels (blogspot).

Kenapa ‘keyword’ penting? Kriteria inilah yang tentukan trend semasa yang saya dah terangkan diatas.

Dah jelas dengan cara promosi blog? Alhamdulillah. Di harap penjelasan saya ni berfaedah untuk mereka yang masih blurr terutamanya yang berblog tapi macam hidup segan tapi mati tak mahu hehe… Boleh rujuk Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri untuk bimbingan dan tutorial. Selamat berblog!

Hits: 0

1 thought on “Cara promosi blog – simple tapi efektif

  1. F*ckin’ remarkable things here. I am very satisfied to see your article. Thanks a lot and i am looking forward to touch you. Will you please drop me a e-mail?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge