Cara ubati sakit perut keracunan makanan akibat food poisoning

Siapa yang dah kena tentu dapat bayangkan sakitnya kan.

Tanda-tanda sakit perut keracunan makanan atau food poisoning ialah bila ada sela masa atau tempoh masa mula dari waktu makan dan tiba munculnya sakit.

Sakitnya kat perut tu memulas-mulas dan keluarkan najis cair.

Contoh makan waktu dalam pukul 11am dan sakit muncul pukul 6pm.

Ini kerana bakteria ambil masa nak mengeram dan menjadi lebih banyak serta mengeluarkan toksin yang sebabkan kita sakit perut.

Ini pengalaman saya sendiri.

Cara nak neutralkan sakit ini ialah dengan:

BACA:  Tips beli henpon kat Lowyat

1. Ambil 3 uncang teh dan rendam dalam air panas – tanpa gula tanpa susu. Lebih bagus kalau uncang teh tu ada teh hijau atau green tea dan power jika ada halia, herba etc. Jika tiada, teh biasa pun ok.

2. Minum teh tawar tu tadi immediately jangan tunggu sakit perut bertambah teruk. Jika habis, tuang air panas baru ke dalam cawan dan ulang minum.

3. Elakkan dulu makan makanan berminyak dan pedas. Selalu saya skip makan untuk tempoh tersebut dan lihat kesannya dulu.

BACA:  Rahsia kaya dengan sedekah

4. Jika kat rumah ada minyak kelapa dara atau minyak zaitun dara etc – telan la dalam 2 kapsul. Makanan tambahan sebegini kaya dengan antioksidan dan boleh bantu detox. Bagus juga jika ada pil suplemen herba lain yang boleh detox.

Dari pengalaman saya dengan mengambil langkah pro-aktif begini, tempoh kesakitan itu dapat dipendekkan berbanding sekiranya kita tahan sakit macam tu je sebab bakteria yang tidak di rawat akan terus membiak dalam perut kita dan menyebabkan sakit yang lebih teruk.

BACA:  4 rahsia jemput jodoh bagi wanita elak tanggapan perigi cari timba

Perasan tak jika kita pergi klinik doktor akan bagi pil hitam.

Pil hitam ni sebenarnya arang sebab arang ni ada ability untuk detox.

Tapi macam tula doktor akan bagi antibiotik, pil arang dan air garam.

Saya fikir teh, antioksida semulajadi, madu ke dan herba-herba lebih baik sekiranya kita boleh amalkan.

Harap pembaca dapat manfaat.

3 thoughts on “Cara ubati sakit perut keracunan makanan akibat food poisoning”

  1. Orang-orang tua pun ada juga pesan dengan kaedah ini. Memang betul ia berkesan. Walaupun bukan dapat hilangkan serta merta sakit perut, tapi kesakitan tu berkurangan lah.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: