SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi – Prime Minister’s Office of Malaysia (PMO)

  1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.
  2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.
  3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

Baca lanjut di: Prime Minister’s Office of Malaysia

Hits: 11

Status Covid-19 Malaysia terkini pada 8 April 2020

Kes baharu 156

Jumlah kes keseluruhan 4,119

Kes yang masih dirawat 2,567

Kes sembuh 1,487

Kematian terbaharu 2

Jumlah kematian 65

Ringkasan kes Covid-19 Malaysia sehingga 8 April 2020, 1200 tengahari

Positif 4,119

Negatif 54,121

Pulih 1,487

Unit rawatan rapi 76 (45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian 65

Hits: 7

Darah pekat punca sakit kronik boleh dirawat dengan asam gelugur

Darah pekat merupakan salah satu punca masalah kepada sakit kronik. Oleh yang demikian adalah wajar diambil serius sekiranya korang ada mengalami masalah darah pekat.

Antara masalah yang mungkin timbul akibat darah pekat adalah:

  • darah beku dan mengalir perlahan
  • kadar pembekuan tinggi sekat aliran darah
  • sakit badan, sakit kepala, migrain
  • otak tak cukup oksigen, maut
  • tekanan darah tinggi, jantung
  • sakit mata kurang oksigen dalam saluran darah mata dan lain-lain sakit kronik.

Oleh yang demikian perlu ada satu cara bagaimana nak mengurangkan darah pekat. Selalunya doktor ada ubat-ubat sintetik tertentu untuk mencairkan darah.

Walaubagaimanapun terdapat petua orang dahulukala yang sesuai sangat untuk kita ambil tahu dan amalkan.

Caranya :

Ambil sekeping asam gelugor. Di basuh bersih dan masukkan kedalam satu gelas air panas. Kemudian di tutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum.

Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali/3hari.

Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu pergilah check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak.

Jika ada perubahan alhamdulillah boleh diamalkan.

Jika tiada perubahan, sila dapatkan nasihat doktor kerana samada badan korang tak serasi atau penyakit korang dah sampai stage dimana asam gelugur pun tak boleh nak cover dah.

Semoga bijak dalam membuat penilaian dalam menjaga kesihatan diri sendiri.

In shaa Allah.

Hits: 75