Renault Captur SUV 2020 Kiut, Padu dan Seksi Buatkan Ramai Termimpi-mimpi

Renault Captur 2020

Sumber: Mekanika.com.my

Renault sehingga kini tidak mengalah dalam memasarkan produk mereka di pasaran tempatan. Contohnya Megane R.S., pasaran hatchback sport begini sangat kecil tetapi ia boleh dibeli dari bilik pameran Renault tempatan.

Untuk pasaran kereta massa pula, Renault menawarkan Captur, SUV segmen B yang bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR.

SUV Renault Captur tampil menarik dan sedap untuk dipandang. Harganya sekitar RM110,000 dan sepadan dengan pesaing. Di Eropah, Captur ialah SUV segmen B terlaris di pasaran.

Setelah berada di pasaran sejak 2013, Renault mempamerkan model serba baharu pada Pameran Kenderaan Frankfurt 2019, September lalu.

Satu perkara tentang Captur generasi pertama ialah walaupun enam tahun di pasaran, reka bentuknya masih segar seperti baru dilancarkan.

Model generasi kedua nampaknya bakal meneruskan kecemerlangan itu dengan reka bentuk menarik luar dan dalam.

Captur ini dibina atas platform CMF-B dan model kedua selepas Clio baharu. Platform itu juga turut dikongsi oleh rakan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Dari segi saiz, panjang keseluruhan 110mm lebih daripada model sebelum seterusnya memberikan ruang ekstra untuk penumpang dan isian bagasi.

Ruang kaki penumpang belakang bertambah 17mm manakala saiz but meningkat 81 liter kepada 536 liter.

Untuk pasaran United Kingdom ada lima pilihan enjin seperti berikut:

TCe 100 tiga silinder 100hp dan 160Nm – standard dengan transmisi lima kelajuan

TCe 130 130hp dan 240Nm – pilihan transmisi enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan EDC (Efficient Dual Clutch)

TCe 155 155hp dan 270Nm – eksklusif dengan transmisi tujuh kelajuan EDC 

1.5L diesel dCi 95 95hp dan 240Nm – eksklusif dengan transmisi enam kelajuan manual 

1.5L diesel dCi 95 115hp dan 260Nm – pilihan transmisi enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan EDC

Menyentuh tentang teknologi keselamatan, kesemua varian Captur dilengkapi Lane Departure Warning and Lane Keep Assist, Traffic Sign Recognition with Speed Alert, Active Emergency Braking System with Cyclist and Pedestrian Detection.

Berkenaan harga, Renault Captur SUV dijual dari GBP£17,595 (RM94,991) bagi varian asas Play TCe 100 sehingga GBP£24,795 (RM133,862) untuk varian premium S Edition dCi 115 EDC.

Setelah dilancarkan di Eropah, adakah model baharu bakal dijual di pasaran tempatan? dan berapakah harga Renault SUV Captur di Malaysia?

Kami belum dapat mengesahkannya namun apa yang pasti saingan SUV segmen B pasti menarik dengan penjualan Proton X50 dan SUV baharu Perodua.

Hits: 8

Cek bateri kereta sewaktu PKP elakkan gelabah last minute

Waktu PKP ni kereta jarang gerak tapi kena pastikan kereta sentiasa standby dan dalam keadaan ok bila nak pakai nak beli barang keperluan. Bagi yang baru tukar bateri kurang dari setahun kira ok lagi walaupun tak la jamin sangat 100% at least masih dalam waranti.

Isunya adalah bagi yang dah lama tukar bateri tapi nampak macamok sebab setiap kali start kereta mesti hidup. Namun kena hati-hati terutamanya bagi yang dah tak tukar bateri selama lebih setahun. Dengan kerta yang jarang gerak, bateri korang mungkin ada chance nak kong sebab bila tak jalan dah kurang recaj.

Bateri lama dia dah tak berapa cekap simpan tenaga dan boleh hilang kuasa lebih cepat dari bateri yang baru. Seeloknya pergi cek level power yang ada samada dalam zon hijau, jingga, kuning atau merah. Dapatkan nasihat mekanik. Boleh je maintain bateri lama selagi hidup tapi kena selalu cek. Letih la sikit.

Tips lain masa PKP semak samada lampu-lampu kereta telah off dari lampu depan hinggalah lampu kecil dalam kereta. Sebabnya semua guna power dan kalau lama tak sedar lampu hidup akan sedut semua power bateri tak kisah samada bateri baru atau tidak.

Sebagai precaution korang juga boleh dapatkan jumper berbateri mobil yang mudah nak buat sendiri tak payah panggil orang nak bawa kereta ke bengkel atau panggil mekanik ke rumah sekiranya tak perlu.

Ofkoz kalau bateri dah kong tahap gaban lebih baik panggil mekanik datang rumah siap pasang bateri baru terus.

Hits: 11

Need for Speed full movie online untuk tontonan waktu bosan PKP Covid-19

Sungguh memang agak bosan waktu PKP Covid-19 ni. Jika tidak diisi waktu luang ni dengan baik takut ada yang naik darah tinggi atau turun darah pun possible juga.

Bagi peminat kereta laju, bagus juga movie Need for Speed bagi yang belum tengok la. Boleh rasa la sikit semangat nak memandu apalagi sekarang ni pergerakan kita terhad nak pergi mana pun tak boleh.

Jadi, sila la enjoy ya!

Hits: 27