17 Sebab Kenapa Suami Isteri Wajib Usahakan Duduk Rumah Sendiri Selepas Menikah

Sumber: Hafiz Mansor

“Susah macam mana pun, usahalah duduk rumah sendiri dengan anak isteri.”

Bila tengok drama ni tetiba aku teringat dulu aku duduk bersembang dengan kawan-kawan yang anak dah 3-5 orang, kahwin dah lebih 10 tahun diorang selalu cakap benda ni.

“Tak kisah la kau duduk rumah sewa ke, rumah tu beli ke janji kau duduk dengan anak bini serumah.”

“Sebab apa tu? Tak boleh ke menumpang duduk rumah mak sendiri, mak mertua atau adik beradik yang lain?”

Boleh. Tapi jangan lebih seminggu hingga sebulan mahupun lebih dari tu. Kalau tak akan jadi ‘taik’ dalam rumah yang sebelum ni harmoni.

Mula-mula saja best tapi lama-lama banyak yang tak best akan timbul.

Kenapa lepas kahwin suami isteri perlu duduk rumah sendiri dan bukan rumah mak atau mertua? Tau tak apa sebabnya?

Sebab #1

1.Rumah kita duduk adalah rumah mertua. Jadi kita kena ikut rules mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.

Sebab #2

2.Duduk sebulan dua ok lagi. Masih mesra senyum-senyum. Tapi lama-lama mertua akan mula nampak perangai menantu yang dia rasa tak suka dan tak patut. Baru kahwin ni nak ubah tabiat tu makan masa sikit.

Sebab #3

3.Adakalanya kita tidur balik selepas solat subuh time hari minggu. Tidur dan bangun lewat sikit dah kena perli pemalas. Dah nampak tak elok dah dimata mertua. Mula masam muka dalam rumah. Aura jadi makin negatif.

Sebab #4

4.Dalam rumah ada abang ipar, kakak ipar, adik ipar. Semua mak mertua suruh duduk sekali sebab bilik dah buat banyak. Dah tak ada privacy dengan suami nak manja-manja sangat dalam rumah.

Sebab #5

5.Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Kena perli, hati dah tak tahan, mula tak sua muka.

Sebab #6

6.Bila nak masak makanan tak boleh masak untuk suami saja. Kena masak untuk semua. Kadang dah masak, turun nak makan je makanan tu adik, akak atau abang ipar berkeluarga dah melantak makan. Kecewanya hati.

Sebab #7

7.Nak keluar tengok tv rancangan kegemaran pun susah sebab kuasa remote dekat orang lain. Sebab bukan rumah sendiri. Tumpang duduk rumah orang. Bila masuk bilik kata tak pandai bergaul dan sombong.

Sebab #8

8.Bila pertama kali duduk rumah mertua, memang rasa kekok nak biasakan diri. Jadi banyak benda nerves dan tak biasa. Mertua akan nampak kita tak pandai serba serbi tak reti nak tolong.

Sebab #9

9.Isteri ni nak sangat-sangat ada rumah sendiri yang boleh dia hias, nak ada dapur untuk masak dengan peralatan dapur sendiri dan sebagainya. Isteri akan rasa dia dihargai.

Sebab #10

10.Isteri tak setiap masa nak pakai tudung dan kain labuh setiap dalam rumah. Jadi bila ada rumah sendiri dia bebas nak pakai apa pun termasuk nak pakai lingerie kat ruang tamu. Kalau tengok pun, suami sendiri. Takde hal. Sudah halal. Kat ruang tamu pun on.

Sebab #11

11.Bila duduk rumah sendiri, jauh sikit, perasaan sayang kat mertua lebih tinggi. Sebab tak jumpa selalu. Rasa rindu tu akan ada. Bila jumpa sembang pun nampak mesra.

Sebab #12

12.Kat rumah sendiri bila silap masak, garam terlebih sepaket, masak hangit pun sendiri saja tau dengan suami. Tak la kena bahan dengan mertua. Memang akan down kata tak reti masak. Biasalah menantu baru nak belajar masak.

Sebab #13

13.Suami isteri pasti bergaduh. Itu biasa la dalam rumahtangga. Bila duduk rumah sendiri, apa jadi pun tak adalah siapa tahu dan tak ada yang akan masuk campur api apikan lagi. Biasa kejap dan sikit hal saja. Tapi bila ada masuk campur, jadi besar. Hasut sana sini dah keluar cerita bukan-bukan.

Sebab #14

14.Kahwin ni satu proses kehidupan berpasangan. Jadi kena belajar duduk rumah sendiri berdikari hadapi susah senang. Belajarlah. Suami jangan ambil mudah.

Sebab #15

15.Suami bila dah kahwin, susah macam mana pun perlu usaha cari rumah sendiri. Tak kisah sewa pun asalkan duduk bersama isteri dan anak. Usahalah sikit untuk family. Isteri mungkin cakap tak kisah tinggal dengan mertua tapi dalam hati dia tak sama.

Sebab #16

16.Suami kalau tak boleh berpisah dengan mak sampai mak tu meraung-raung tak bagi pindah, carilah rumah berdekatan dengan mak tu. Janji tak serumah dengan mak. Sebelah pun tak apa. Ada masa lapang, singgah saja rumah mak tu.

Sebab #17

17.Mak jangan terlalu manjakan anak laki sampai dah kahwin berbulu atas bawah pun tak pandai nak buat keputusan. Bagilah ruang anak laki berdikari dan biarkan dia cari dan duduk rumah sendiri. Percayalah dekat anak laki tu.

Jadi, suami belajarlah duduk rumah sendiri dengan isteri. Mak mertua menangis tak bagi pindah pun, kata anak tak sayang mak, susah nak jumpa cucu itu semua drama 15 minit sahaja.

Lepas dah duduk rumah sendiri, mak tu ok saja.

Laki dok rumah mertua biasanya ok je dia. Tapi tidak kepada isteri bila duduk rumah mertua.

Rumahtangga yang kita bina ni, jagalah baik-baik. Ini adalah amanah. Bila duduk rumah sendiri, suami akan rasa lebih bertanggungjawab.

Hits: 7

Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya

Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya, buku ini menggariskan sebab-sebab yang menghalang anda dari mencapai kejayaan dan tip-tip serta formula-formula yang dapat membantu membangkitkan semangat anda yang selama ini asyik gagal sahaja.

Fikirkan apa matlamat hidup anda? Adakah anda sudah cukup membantu ibu bapa dan ahli keluarga? Adakah anda sudah puas memberi kepada insan-insan yang susah di luar sana?

Mungkin ada orang lain yang tidak mahukan anda berjaya dan berharap supaya anda sama sahaja seperti mereka tetapi ingat pesan ikhlas ini, saya betul-betul mahukan anda berjaya. Bagi saya, bila anda berjaya, anda akan mampu bantu lebih ramai orang lain. Melihat kejayaan anda adalah suatu kejayaan bagi saya.

Hadamkan buku ini dan teruskan tindakan bertubi-tubi. Usah gentar, ambil tindakan dan realisasikan impian anda hari ini.

Sila keluar dari segala masalah!

Baca lanjut: Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya

Hits: 17

4 Jenis Perniagaan Kalis Gawat Yang Boleh Di Jalankan Sepanjang Musim PKP

Pagi-pagi terdengar siaran motivasi pagi IKIM tu terdetik nak kongsikan kat sini bagi panduan mereka yang perlukan pandangan dan halwa telinga agar boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Tak rugi kan menyampaikan kerana ilmu ni boleh berkembang pahalanya jika terus disampaikan apalgi jika di amalkan.

Antara yang dikongsikan ialah jenis perniagaan yang boleh dijalankan kerana secara alami perniagaan ini kalis ekonomi kerana ianya sangat diperlukan walau dalam apa jua keadaan pun. Dalam keadaan sekarang banyak jenis perniagaan yang tidak boleh dijalankan kerana sekatan pergerakan sebagai contoh bisnes pelancungan, travel, perhotelan, homestay, umrah dan lain-lain melainkan jika perniagaan ini boleh di onlinekan baru boleh adjust kepada situasi semasa.

Jenis perniagaan tersebut adalah yang berasaskan:

Makanan

Makanan adalah satu keperluan. Manusia perlu hidup untuk makan. jadi bisnes makanan adalah satu pilihan yang baik jika bisnes anda sekarang tidak boleh dijalankan. Sebagai contoh, bisnes umrah sekiranya anda masih simpan database pelanggan umrah, produk sesuai untuk anda promot ialah produk berkaitan seperti kurma, makanan sunnah dan pelbagai lagi yang difikirkan sesuai.

Pendidikan

Sekolah ditutup bagitu juga dengan pusat tuisyen. Namun dengan perkembangan teknologi kelas online pembelajaran akademik tiba-tiba naik macam cendawan tumbuh. Tuisyen samada pusat tuisyen atau tuisyen peribadi juga berlumba-lumba menganjurkan kelas online. Tahu tak kalau sebelum ini murid yang join mungkin yang terdekat dengan pusat tuisyen tetapi dengan adanya kelas online ni murid yang melanggan mungkin berada di seluruh Malaysia! Malah bukan kelas online untuk murid-murid sahaja tetapi untuk dewasa juga dengan pilihan pembelajaran yang pelbagai yang bukan akademik juga mendapat sambutan.

Kesihatan

Bidang kesihatan pasti menjadi keutamaan apalagi sewaktu wabak Covid-19. Paling basic sewaktu begini bagi yang peka akan mencari vaksin influenza untuk anak-anak khasnya bagi menguatkan imuniti dan melindungi yang tersayang. Kedua paling basic ialah dengan melengkapkan keperluan suplemen keluarga dengan Vitamin C. Begitu juga dengan suplemen laion yang boleh menguatkan imuniti dan sekaligus menolak sebarang kesan jangkitan makhluk halus berbahaya.

Perkhidmatan

Banyak jenis perkhidmatan yang relevan waktu ini ialah penyenggaraan, pembaikian atau maintenance. Tak kisah samada berkaitan pembaikian kereta, aircond, peti ais dan macam-macam lagi. Begitu juga perkhidmatan yang bukan penyenggaraan juga sangat diperlukan. Contohnya bila semua duduk dirumah perniagaan perlu dijalankan secara online jagi permintaan untuk membangunkan website, blog dan e-commerce menjadi satu keutamaan.

Ini adalah sebahagian yang sempat saya dengar dan selebihnya saya tambah sedikit tips bagi menjelaskan lagi situasi agar lebih mudah hadam. Nanti saya akan share lagi jika jumpa atau terdengar tips yang baru.

In shaa Allah.

Hits: 31