Konsep ayat promosi yang mesti difahami untuk ‘evergreen’kan bisnes online

Ramai yang tersalah faham lantaran tidak tahu. Mereka anggap ayat promosi tu ialah ayat power yang menjual kaw kaw punya dengan segala tawaran menarik bagai semacam diskaun, free gift, dan pelbagai tawaran menarik sekali seumur hidup.

Walhal ayat promosi adalah sebenarnya ayat yang memastikan bahawa bisnes anda sedang berjalan dan sentiasa nampak di mata dan tersemat dihati pelanggan. Dengan kata lain ayat promosi adalah memastikan pelanggan akan sentiasa ingat kepada bisnes anda.

Oleh itu ayat promosi mesti di post kan selalu sepanjang masa. Hairan pulakkan takkan nak menjual sepanjang masa. Kita pun boleh naik muak kan. Haa…disinilah kita dah salah faham. Ayat promosi tu sebenarnya pelbagai.

Tahukah anda jenis-jenis post yang mendapat perhatian dan engagement di Facebook? Antara jenis posting yang mendapa tempat di media sosial Fb adalah post yang mengandungi informasi, tips, cerita, konten dan sebagainya. Manakala post yang didalamnya hanya ada ayat jualan, engagement adalah antara yang paling rendah dan amat tidak disukai.

Jadi apabila anda buat ayat promosi untuk tonjolkan bisnes sendiri maka ikutlah trend sedia ada. Bagaimana caranya?

Banyakkan posting yang bermanfaat dahulu. Bak kata orang buat posting nak bagi intro dulu. Mula-mula buat posting untuk perkenalan. Kemudian posting rapatkan hubungan. Di lain kali buat pula posting dengan berikan info-info terkini dan update perkembangan terkini. Tambahkan maklumat dengan posting kongsikan faedah-faedah dan kelebihan pada waktu yang lain pula. Posting sebegini perlu dibuat berterusan bagi menampakkan bisnes anda di mata netizen.

Bila masa nak buat posting? Jika masa anda terhad dan boring pulak rasanya nak posting banyak-banyak nanti habis idea maka pilih posting pada waktu puncak iaitu di awal hari dan di hampir akhir hari. Paling kurang 2 kali sehari. Namun jika anda ada bnyak idea, nak update setiap jam pun tiada masalah cuma kongsikanlah dulu posting-posting maklumat.

So, akhirnya soalan cepumas bila masa nak menjual? Kebanyakan pakar beritahu menjual dalam posting dengan guna nisbah 4:1. Maksudya setelah buat posting share info sebanyak 4 kali barulah buat posting menjual samada dalam bentuk hardselling, softselling, storytelling atau storyselling.

Jika anda buat posting sekali atau dua kali sehari, seeloknya buat posting menjual pada hari kelima. Namun jika anda kerap buat posting sharing info maka semakin keraplah boleh menjual tetapi masih ikut nisbah 4:1.

Mesti kita ingat nisbah ini adalah menurut sebab dari data FB, pengunjung lebih suka membaca posting info berbanding posting menjual.

Itu adalah asasnya.

Jadi apabila pelanggan skroll newsfeed kita dia akan nampak bahawa kita ni adalah penjual yang agak profesional dan newsfeed kita nampak berinformasi dan berfaedah kepada pembeli. Cuba bayangkan jika posting tu penuh dengan ayat-ayat jualan tanpa ada sikit info langsung maka pembeli akan fed up dan akan beli dari seller yang lain.

Tapi ada rahsianya nak menjual ni.

Kiranya anda rasa nisbah 4:1 ni tak cukup buat anda nak menjual, cara untuk atasinya ialah dengan memasang fb ads pada posting yang menjual tu. Dengan memasang fb ads walaupun anda ada satu post menjual, ianya boleh di set untuk muncul pada nesfeed dalam masa yang lama bergantung pada bajet anda letak. Oleh itu posting menjual ini mestilah posting yang mempunyai struktur yang betul supaya ianya boleh menarik perhatian dan di set pada audien yang betul supaya ada yang membeli.Kesalahan menulis posting menjual dan set pada audien yang salah akan menyebabkan anda kerugian dan tiada respon dari netizen kerana mesej tak sampai kepada orang yang betul.

Nak menjual di facebook?

Download Percuma: 4 Contoh Ayat Promosi Bantu Jualan di Media Sosial

Hits: 25

Anda Setting Iklan Bagi Cantik Agar Kos FB Ads Jatuh Lebih Murah

Cara buat fb ads yang murah ialah dengan memilih target yang betul betul minat sahaja. Ramai yang beranggapan bahawa apabila setting fb ads ialah bertujuan untuk target seramai mungkin.

Benar, memang kita nak exposure yang lebih besar tapi kita juga perlu ingat target itu mestilah orang-orang yang minat tentang apa yang anda tawarkan.

Jangan jual semua benda kepada semua orang – ini mindset promosi yang salah. Anda perlu lebih FOKUS.

Contohnya ialah apabila anda menjual ikan maka hendaklah menjual di booth yang terletak samada di pasar pagi, pasar tani atau pasar malam. Tidak sesuai jika anda menjual ikan di Central Market. Ini kerana CM ialah sebuah pasar seni yang menempatkan booth menjual cenderamata dan sebagainya. Kedua-dua tempat memang ramai orang tapi tujuan pengunjung ke situ adalah kerana tujuan yang berlainan.

Begitu juga apabila setting fb ads. Kita perlu tetapkan audien kita agar hanya yang betul-betul minat akan tertarik dengan tawaran yang dibuat. Setting yang popular adalah ‘precise interest’. Dengan cara ini anda perlu mengenalpasti setiap individu yang berminat secara serius tentang sesuatu topik.

Ianya boleh diibaratkan seperti seorang penjual kain ela yang berjalan dari rumah ke rumah. Beliau sudah tahu siapa yang memang minat dengan kain yang dijual agar masa dan tenaga beliau boleh dijimat kerana tahu peratusan untuk pembelian dari pelanggan ini adalah agak tinggi.

Sasarkan iklan hanya pada lubuk yang telah dikenalpasti – selalunya pun kita kena tahu serba sedikit.

Contoh target yang umum:

  1. Wanita – kerana mereka suka membeli. Dah beli pun akan beli lagi dan lagi.
  2. Umur – 25-44 tahun kerana dah mula bekerja serta membeli keperluan tubuh badan dan kemudian berkeluarga nak belanja untuk anak-anak serta pasangan
  3. Target pada interest tertentu berkait rapat dengan produk yang hendak dijual – yang ini berbeza dari satu produk ke produk yang lain

Sekiranya anda nak tahu lanjut untuk setting Fb ads bolehlah rujuk kepada mereka yang dah buat lepas tu kongsi dengan orang pula kerana mereka betul-betul rasa rugi tidak share supaya semua orang sama-sama dapat untung.

Fanpage Superstar adalah antara laman yang sanggup kongsikan setting Fb ads untuk menarik fans, menambah like dan naikkan jualan. Seeloknya anda boleh rujuk dengan laman tersebut untuk mengetahui setting FB ads yang telah dibuktikan menarik banyak rezeki kepada FB page tersebut.

Hits: 9

5 Kaedah Tambah ‘Fans’ Dan Naikkan ‘Like’ Facebook Page

Terdapat pelbagai cara untuk tambah ‘fans’ dan naikkan Likes Facebook  Page. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan oleh Facebook.

Teknik ini telah saya gunakan untuk facebook page dimana saya gunakan blog untuk mendapatkan ‘like’. Cara ini adalah 100% percuma. Sebagai bukti, anda boleh klik blog dan widget Facebook page menunjukkan ada lebih 1000+ fans telah like page itu.

2. Youtube

Anda boleh juga hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian ‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

Teknik ini juga telah saya gunakan. Video tidak perlu canggih sangat. Apa yang saya buat hanyalah video yang menayangkan teks, gambar dengan latarbelakang muzik yang agak rancak akan membuatkan penonton tidak bosan. Sebagai contoh anda boleh lihat video-video ini di youtube saya.

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan. Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan.

Teknik ini sama sahaja dengan video Youtube cumanya proses upload anda buat di Facebook dan bukan Youtube. Video yang saya buat juga simple hanya teks yang menarik perhatian diselit dengan gambar dan dengan latarbelakan muzik yang agak rancak seperti muzik rock.

3. Iklan banner

Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu.

Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan.

Teknik ini paling mudah dengan meletakkan banner anda di blog. Carilah page atau post yang anda tahu mempunyai pelawat yang paling tinggi trafiknya dan letakkan banner yang mempunyai link ke Facebook page anda.

4. Ebook percuma

Tulis apa-apa topik yang kita tahu berkaitan perniagaan yang anda lakukan dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca.

Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

Teknik ini anda boleh lihat saya gunakan di website ini. Ebook percuma yang berinfomatif, berguna dan diperlukan oleh pengunjung. Di kulit ebook atau cover ini saya gunakan teks sahaja dan simple. Yang penting adalah isinya yang ringkas, mudah difahami dan praktikal untuk orang baca dan buat.

Jadi anda punya banyak pilihan teknik untuk mendapat fans dan like. Gunalah salah satu teknik dan fokuskan usaha anda secara berterusan dan anda akan dapati fans dan like akan meningkat dari sehari he hari berikutnya.

5. Facebook Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.

Teknik Facebook Ads ini telah saya guna untuk salah satu page saya dan didapati saya boleh dapat fans 1000+ dalam masa tak sampai seminggu berbanding dengan proses menggunakan blog. Bilangan fans yang sama like page anda dalam masa yang paling singkat. Namun awas pastikan pulangannya berbaloi kerana ianya adalah teknik yang berbayar.

Elakkan dari menggunakan Boost Post “bodoh” kerana iklan fb ads ini settingnya terlalu am dan banyak menguntungkan Facebook manakala anda la yang rugi. Oleh itu buatlah setting sendiri agar anda tidak rugi. Jalankan eksperimen untuk mencari setting iklan yang paling optimum bagi menarik engagement yang tinggi. Jika nak tahu boleh belajar promosikan Facebook page anda lebih sistematik disini.

Hits: 22