Korang tahu masak tapi tak tau nak buat video youtube macam Cik Dadida?

Channel Youtube Cik Dadida ni antara channel yang korang boleh follow cara dia buat video.

Dia akan masak makanan tu ikut trend semasa.

Dah la dalam video dok sorang-sorang, masak sorang-sorang, makan pun sorang-sorang. Apa ada hal kan..

Bahan yang dia guna pun mudah, bekas nak masak pun simple saja. Rasanya dia rakam pakai phone saja ni.

Dia buat video pun cakap dalam bahasa utara. Tak ada masalah pun sampai la dia dapat boleh dapat 120k subscriber.

Video dia pun tak sampai 100 video. Baru 68. Baru-baru ni dapat sesuatu dari Youtube. Maybe plat Silver.

Cara dia buat headline atau tajuk tu betul. Terus sampai keyword dia. Thumbnail dia pun simple dan jelas mata memandang.

Description yang dia masukkan pun jelas dan mesra SEO. Lengkap.

Korang tahu masak tapi tak tau nak buat video youtube macam mana?

Korang follow saja cara dia.

Korang juga boleh belajar cara nak buat tajuk menarik, description menarik dan thumbnail menarik dengan belajar teknik yang betul.

Sabar, konsisten dan kekal dalam 1 niche.

Hits: 37

Follow youtube Hock Chai’s Flavors Talk kalau korang jenis malu dan tak pandai cakap depan kamera

Ketika kita sibuk nak buat video youtube jelajah sana sini memburu makanan, sorang Uncle cina ni rileks je buat video makanan kebanyakkan hanya di Penang.

Uncle Hock Chai yang ada 20k subscriber ni aku perhatikan video dia rakam ni tak edit sangat. Ada la sikit-sikit sekarang ni.

Kerja dia rakam video gerai ditepi jalan dan kedai makan yang ada di Penang hanya dalam 1-15 minit sahaja.

Dia rakam start berjalan, dia order, orang masak sampai la dia bungkus dan makan.

Dia tak peduli gerai atau kedai cina ke, kedai melayu ke, kedai india ke yang menjual, semua dia rakam.

Lebih 500 video dia upload.

Apa yang aku nak bagitau disini adalah supaya follow cara dia kalau korang jenis malu depan kamera dan tak pandai cakap.

Sekeliling korang banyak sangat kedai makan, gerai tepi jalan dan apa sahaja yang boleh korang rakam.

Peniaga tak marah sebab bagi diorang ini membantu perniagaan diorang juga. Bagitau saja nak masukkan dalam youtube.

Uncle ni sangat konsisten upload, menghasilkan tajuk youtube mesra SEO dan thumbnail yang buat orang nak klik.

Ni antara punca kenapa video dia korang akan jumpa walaupun search ‘mee goreng’.

Korang kena belajar cara buat tajuk video youtube memukau penonton supaya klik, cara buat thumbnail menarik dan hasilkan description yang bila search mudah nak jumpa.

Ingat, untuk mula buat youtube, jangan buat sebab duit tapi berkongsi dahulu. Kalau buat kerana nak duit, korang akan cepat give up.

Hits: 14

Sape kata youtube driving tak banyak view, tak ramai subscriber, baik korang tengok youtube brader Azrul Haiza ni

Abang ni kerja dia bawak lori kontena hari-hari. Dan setiap hari dia rakam perjalanan dia bawak lori kontena sambil membebel hal isu semasa.

Boleh tahan juga mulut abang ni pok pek pok pek.

Dia ibaratkan youtube ni diari dia. Dia edit sikit-sikit dan upload perjalanan dia bawak lori kontena.

Bukan semua orang tahu bagaimana kehidupan orang bawak lori kontena ni.

Disebabkan dia rajin rekod dan upload serta tak tak peduli pasal view dan subscriber, sedar tak sedar dia dah upload sebanyak 567 video!

Konsisten beb! Edit pun pakai Kinemaster yang percuma saja.

Dia sambil memandu sembang tak kosong. Ada saja cerita dia. So dia ada konten nak disampaikan.

Headline dia cantik, thumbnail dia juga buat orang rasa nak klik.

Korang yang buat kerja hari-hari tu, apa kata upload kat youtube. Kongsikan apa yang korang buat.

Dalam masa yang sama, belajar hasilkan tajuk, description dan thumbnail yang betul.

Barulah video kita orang nampak dan akan KLIK untuk TONTON.

Kalau korang nak jadi youtuber baru buat 10 video youtube tak banyak view, tak ramai subscriber dah give up, baik korang tengok brader ni.

Hits: 14