Cek bateri kereta sewaktu PKP elakkan gelabah last minute

Waktu PKP ni kereta jarang gerak tapi kena pastikan kereta sentiasa standby dan dalam keadaan ok bila nak pakai nak beli barang keperluan. Bagi yang baru tukar bateri kurang dari setahun kira ok lagi walaupun tak la jamin sangat 100% at least masih dalam waranti.

Isunya adalah bagi yang dah lama tukar bateri tapi nampak macamok sebab setiap kali start kereta mesti hidup. Namun kena hati-hati terutamanya bagi yang dah tak tukar bateri selama lebih setahun. Dengan kerta yang jarang gerak, bateri korang mungkin ada chance nak kong sebab bila tak jalan dah kurang recaj.

Bateri lama dia dah tak berapa cekap simpan tenaga dan boleh hilang kuasa lebih cepat dari bateri yang baru. Seeloknya pergi cek level power yang ada samada dalam zon hijau, jingga, kuning atau merah. Dapatkan nasihat mekanik. Boleh je maintain bateri lama selagi hidup tapi kena selalu cek. Letih la sikit.

Tips lain masa PKP semak samada lampu-lampu kereta telah off dari lampu depan hinggalah lampu kecil dalam kereta. Sebabnya semua guna power dan kalau lama tak sedar lampu hidup akan sedut semua power bateri tak kisah samada bateri baru atau tidak.

Sebagai precaution korang juga boleh dapatkan jumper berbateri mobil yang mudah nak buat sendiri tak payah panggil orang nak bawa kereta ke bengkel atau panggil mekanik ke rumah sekiranya tak perlu.

Ofkoz kalau bateri dah kong tahap gaban lebih baik panggil mekanik datang rumah siap pasang bateri baru terus.

Hits: 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge