copywriting

4 Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan Untuk Tingkatkan Promosi

Sharing is caring
76 / 100

Sudah tentu anda dah ada produk untuk dijual. Yang menjadi isunya sekarang ialah bagaimana nak jual produk tersebut? Apakah contoh ayat power tarik pelanggan yang boleh di gunakan?

Blurrr….. Benda macam ni biasa terjadi. Tak tahu nak tulis apa untuk tarik pelanggan. Dalam banyak-banyak kejadian yang berlaku di alam ni dan hatta berlaku hari-hari pada diri kita end of the day masih tak tahu nak tulis ayat promosi apa untuk tarik pelanggan.

Sebab itu banyak orang mengaku mereka ada fb tapi berzaman tak update. Katanya fb dah berhabuk. Bayangkan bila kita tiup, fuhhh…berterbangan habuk-habuk. Kesian kat fb tu, daftar akaun tapi jarang digunakan. Kalau kita tulis hari-hari penuhkan fb wall kita dengan penulisan bermaklumat pasti boleh beri add value pada kehidupan orang lain.

Penulisan mungkin tak penting bagi setengah orang tapi bagi orang yang memberi servis, perkhidmatan, berniaga, konsultan, pakar motivasi atau apa sahaja yang memberi nilai tambah baik pada orang lain pasti input yang kita nak beri melalui penulisan yang berbentuk promosi ibaratnya macam jantung yang menggerakkan keseluruhan aktiviti tersebut.

Malas tulis, tak tahu nak tulis ayat promosi apa, tak usaha nak tulis alamat bisnes tak gerak. Tulisan ini macam iklan secara tak langsung. Saya rasa cukup risau kalau tak update fb lama sangat. Kena sentiasa fikir apa nak tulis untuk update fb. Ada orang nak tulis fb kerana suka-suka dan akhirnya fb itu hargai penulisnya sendiri. Pelik kan? Ada fb post yang akhirnya di bukukan! Jadi, saya sentiasa fikir nak tulis tapi bukan sekadar tulis tapi beri nilai tambah kepada hidup orang lain juga. Ini akan buatkan bakal pelanggan tertarik.

Baca:  Mula menjual dengan belajar copywriting

Dalam pada menulis tu juga selitkan info spesifik khas untuk pelnggan tertentu. Ada posting umum untuk semua orang tapi letak juga posting khusus khas untuk pelanggan spesifik. Bagi menyampaikan info berkenaan produk kepada pelanggan, anda perlu menyampaikannya dengan cara promosi yang paling menarik dan berkesan agar pelanggan tertarik untuk mendapatkannya.

Bagi tujuan itu maksud yang tersurat itu perlu di sampaikan sebaik mungkin dengan memerlukan anda menghasilkan ayat marketing yang betul-betul power yang boleh tarik perhatian pelanggan.

Apa maksud ayat power tarik pelanggan?

Power di sini bukan merujuk pada hype atau ayat bombastik.

Power dari perspektif copywriting merujuk kepada:

1) Perkataan itu kena pada emosi pelanggan.

2) Ayat yang kita gunakan mudah untuk pelanggan faham.

3) Ayat itu menampakkan produk kita sangat sesuai dengan apa yang pelanggan kita mahu.

Terdapat teknik yang dapat membantu kita untuk dapatkan idea apa yang pelanggan mahu?

Dan kemudian hasilkan ayat marketing yang power dan boleh mempengaruhi.

Teknik tersebut adalah dengan anda menjawab soalan ini. Apakah yang pelanggan aku betul-betul inginkan? Setiap jawapan yang kita tulis, maka itu adalah ayat marketing POWER untuk pelanggan. Sebagai contoh ayat power tarik pelanggan, bila kita berniaga pakaian muslimah, apa yang pelanggan betul-betul inginkan adalah:

Baca:  Anda belum berjaya jual online? Ini kisah Rashid bergelut dengan storytelling biskut kuih raya

1) Baju yang tidak ketat, selesa dan tidak nampak terlalu tua.

2) Design baju itu eksklusif sama dengan selebriti wanita muslimah yang muncul di kaca televisyen.

3) Kain baju yang tidak perlu digosok jadikan masa bersiap sangat cepat elak cek abang komplen lambat.

4) Terasa ringan apabila memakai dan tak rasa sesak dada sewaktu berjalan.

Lagi banyak jawapan kita, lagi besar peluang untuk kita dapatkan ayat yang betul-betul pelanggan mahu. Masih blur blur bagaimana nak hasilkan ayat power yang dapar menarik perhatian pelanggan. Dapatkan contoh ayat power tarik pelanggan dan dengan menjadikan diri sedikit kreatif dengan merujuk kepada formula ayat power yang berkesan.  Dengan cara ini anda boleh hadamkan dan kemudian hasilkan ayat power sesuaikan dengan produk anda. Jangan tunggu lama-lama nanti semangat nak promosi akan makin pudar.

Jangan biarkan stok anda memerap di dalam rumah atau dalam stor sahaja. Usaha anda promosi dengan contoh ayat power tarik pelanggan in shaa Allah akan perabih stok yang ada.

Percuma muat turun contoh ayat power tarik pelanggan

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1039

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge