copywriting

Contoh ayat promosi produk Shaklee

Sharing is caring

Jika korang selalu announce yang pelanggan boleh beli produk Shaklee dekat wall korang, cara update status produk Shaklee tu boleh dipanggil spam (hard sell).

Boleh diperbaiki. update status dengan cara softselling, cara mudahnya ialah guna cerita,

Contoh:

—Mula—

Teringat kelmarin ada prospek wassap yang abah dia ada high blood dan ada ubat doktor. pada masa yang sama prospek tanya boleh ke nak bagi omega.

So aku bagitau simple je Shaklee ialah makanan tambahan yang natural should be ok je nak makan selain ubat doktor.

Cumanya makanan tambahan tak sesuai jika dimakan bersama bahan lain dan akan mengurangkan kadar serapan jadi efeknya akan berkurangan.

Seeloknya utamakan ubat doktor dan hanya setelah satu jam lepas tu boleh la ambil omega Shaklee.

Jadi dua-dua pun dapat.

Moga-moga prospek tu faham la kaedah nak apply ubat doktor dan suplemen.

Tulah kadang2 bila kita tak sure elok tanya agar lebih jelas dan tidak mengabaikan nasihat doktor semata-mata nak guna suplemen kan.

Jika masih ragu-ragu boleh hubungi whatsapp 013XXXXXXX

Baca:  Ayat power dalam perniagaan

—Tamat—

So, elok korang banyakkan status yang bercerita. Apa jua komunikasi dengan kastemer atau pengalaman sendiri boleh convert ke cerita – be a story seller.

Kena konsisten.

Lama-kelamaan korang akan nampak impaknya.

Contoh lain:

—Mula—

Pengalaman suami saya pulak sebelum ni memang kerap sakit pinggang.

Bangun pagi pon selalu mengadu sakit pinggang.pernah pergi bekam.

Elok sekejap je pastu jadi balik.

Kesian tengok dia.

Alhamdulillah lepas 2 hari makan ostemetrix takde dah dengar dia mengadu sakit pinggang.

Bangun pagi pon ok.

Suami sendiri pon cakap bagus ostemetrix ni. Sakit pinggang takde langsung sekarang. Alhamdulillah.

Sekiranya ada yang mengalami masalah yang sama boleh hubungi whatsapp 011XXXXXXX

Baca:  Faktor-faktor gagal close sale dalam proses jual beli

—Tamat—

Tulis story ni tak susah sebab kita biasa story ni cuma kita jarang tulis tu yang jadi kekok. Untuk jalankan bisnes di media sosial sebaiknya lah kita bersosial dan elakkan hard sell. Ayat promosi yang hard sell sesuai untuk di post di grup2 yang khusus untuk menjual terus. Manakala untuk menjual secara soft selling spontan santai tenang ialah dengan bercerita di sulam dengan ayat promosi produk yang mahu di jual.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT COPYWRITING PERCUMA <<

 

 

Hits: 1894

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge