copywriting ayat power

Contoh ayat untuk cari ejen dropship untuk owner produk

12 / 100

Dapatkan contoh ayat agen dropship untuk promosi produk bagi membantu anda mengarang ayat jualan untuk menjual di media sosial.

Anda owner produk?

Tentu pening nakfikir ayat cari ejen dropship.

Itu satu hal.

Lagi satu pasti anda perlu juga ejen dropship yang mahir kan.

Ejen ramai tak menjamin sales yang tinggi.

Kadang ejen tak ramai mana pun tapi kalau ejen power baru best!

Ejen ni pulak kalau anda nak maju anda mesti majukan diaorang dahulu.

Ibarat bos, kena la jaga kebajikan pekerja kan.

Asyik pulun je tapi training tak provide lama-lama ejen pun cabut.

Jadi anda dulu owner produk kena la power dulu baru boleh transfer power ke ejen.

Sebenarnya boleh je.

Tak mustahil produk anda boleh meletop dengan ada nya cara yang betul.

Baca:  Cara Tulis Ayat Promote Yang Power

Strategi yang betul.

Ayat yang betul.

Teknik yang betul.

Jangan ingat ada ejen ramai hang cuma bagitau depa suruh pulun.

Nak pulun lagu mana?

Kena lah bagi training kaw kaw punya dulu.

Macamana?

Training biarlah sampai trainee tu betul faham konsep copywriting.

Team yang mantap akan hasilkan jualan yang mantap.

Tolonglah jangan anggap sekadar tulis di wall atau mesej orang suruh beli dah mencukupi  sebagai promosi.

Konsep promosi itu sendiri perlu difahami.

Banyak peniaga main taram sahaja update status fb.

Tak boleh nak salahkan mereka kerana ilmu ayat power tu tak sampai jadi sebagai owner produk jangan kedekut ilmu.

Kamu maju, anak buah maju, agen maju, stokis maju, dropship maju  dan secara otomatiknya owner juga akan maju.

Baca:  Bagaimana dropship nak tarik ejen

Jadi jangan lepas agen dropship buta buta begitu sahaja melainkan mereka sudah ada pengalaman sebelum ini.

Paling kurang sediakanlah template ayat promosi berkaitan produk yang anda jual so bolehlah agen dropship ubahsuai dan tokok tambah mana yang patut.

Template tu jika boleh sediakanlah banyak-banyak paling kurang 30 templat iaitu satu hari satu ayat promosi.

Kan…

Lagi banyak lagi bagus.

Bukannya apa pun kan, nak promot produk kita juga.

30 tu paling sikit jangan biar dropship ternganga tak tahu nak update status apa?

Rugi masa jah!

Jangan buang karan…huhu

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT COPYWRITING PERCUMA <<

 

 

Hits: 4910

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge