Dajjal menunggang keldai dan menyebarkan roti mengelilingi dunia

Maaf, saya bukan buat lawak. Niat saya cuma nak terangkan kiasan-kiasan yang dinyatakan dalam hadis merujuk kepada pakar-pakar yang meyakinkan pemikiran dan mata hati saya ini. Berikut adalah sedikit sebanyak hadis berkenaan Dajjal boleh baca kat bawah ni.

Hadis 1:

Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”. (Shahih Muslim No.5219)

Hadis 2:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. (Shahih Muslim No.5227)

Hadis 3:

Hadis riwayat Imam Ahmad, ia berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal keluar pada saat agama itu lemah, ilmu agama diangkat, dan baginya 40 malam untuk berjalan di muka bumi. Sehari antaranya seperti setahun, sebulan, seminggu, adapun hari – hari yang lainnya seperti hari – hari kamu saat ini, ia memiliki keldai yang ditungganginya, jarak antara dua telinganya 40 hasta, kemudian ia berkata kepada manusia: “Aku Tuhan kamu,” dan adalah dia buta sebelah, sedangkan Tuhan kamu tidak demikian, tertulis di antara kedua matanya ‘kafir’(ka, fa, ra) dengan huruf hijaiyah, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin, bagi yang dapat membaca atau tidak, ia memasuki setiap tempat kecuali Makkah dan Madinah, keduanya diharamkan oleh Allah atasnya.

Hadis 4:

Hadis riwayat Muslim dari Nawwas bin Sam’an Al-Kalabi:

Kami bertanya: “ Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia tinggal di permukaan bumi?” Beliau menjawab: “Empat puluh hari, sehari di antaranya bagai setahun, sebulan, seminggu dan hari –hari lainnya sebagaimana hari kamu”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, sehari yang bagaikan setahun, apakah cukup bagi kami sembahyang sehari?” Beliau menjawab: “Tidak, perhitungkanlah waktunya”

Hadis 5:

“ Diriwayatkan bahawa mata kanan Dajjal hilang pengelihatannya, sedangkan Nabi Isa a.s mata kiri beliaulah yang hilang pengelihatannya, dan ini bererti bahawa Dajjal tidak mempunyai sifat-sifat akhlak yang terpuji, misalnya kearifan, kebijaksanaan, dan rendah hati, sedangkan Nabi Isa a.s tidak mempunyai kejahilan, keserakahan, kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah”.  (Ahmad Juraij; Mengenali Dajjal & Yakjuj wa makjuj: 70)

Penerangannya:

Dajjal buta sebelah mata – manusia ada dua ‘mata’ iaitu mata hati dan mata fizikal. Mata hati berkaitan dengan rohani dan fizikal berkaitan materialistik. Dajjal tiada mata hati.

Dajjal ada keldai dan jarak antara dua telinganya 40 hasta – keldai perumpamaan kenderaan ianya ialah kapalterbang yang mempunyai sayap yang panjang yang mana jarak antara keduanya ialah 40 hasta. Cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi adalah seperti cepatnya awan ditiup angin.

Dajjal tidak boleh masuk Makkah dan Madinah – sampai sekarang ini pun tanah haram hanyalah untuk orang Islam.

Dajjal antara kedua mata tertulis ka fa ra (kafir) yang dapat dibaca oleh orang buta huruf – kiasan sahaja. Maksudnya ialah tiada pun tulisan tu tapi orang boleh mengenal dengan perwatakan Dajjal.

Dajjal berada 40 hari atas dunia – panjang ceritanya. Boleh rujuk disini – http://diariummatmu.blogspot.my/2012/11/asas-asas-dajjal.html

Kesimpulannya Dajjal itu ialah Zionis Israel dan proksinya, USA, Britain etc.

Nak menguatkan lagi hujjah saya kenal seseorang yang mengungkap beberapa persoalan yang agak meyakinkan dan sebab itu saya buat post ini.

Keldai Dajjal adalah pesawat rasmi Air Force 1 yg menjadi kenderaan semua Presiden AS.

Air Force One adalah dari kategori Boeing dan dimodelkan sbg VC-25 (visi menolak ajaran 25 Rasul). Pesawat AF1 ini mempunyai nama jolokan Sacred Cow yg kita ketahui bahawa Sacred Cow adalah patung anak lembu yg disembah oleh pengikut Samiri seperti yg diceritakan oleh Al-Quran.

Surah Taha, QS20 (isyarat kurun ke-20, ayat 88).

فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُ خُوَارٌ فَقَالُوا هَٰذَا إِلَٰهُكُمْ وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ

“Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: “Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!”

PESAWAT AF1 juga dipanggil SAM 28000.

Ianya adalah terkait dgn Nabi Samuel di dlm kitab Thalmud Yahudi berkaitan pertengkaran dgn Nabi Musa mengenai Kaldai dgn Nabi Samuel.

DAN DAJJAL MEMBAWA GUGUSAN ROTI-ROTI.

Ianya adalah perjanjian. Apakah yang paling utama dalam Perjanjian TPPA?

Iaitulah menjadikan AS sebagai Hub Makanan negara anggota. Dari baka sehinggalah ke paten.

Semua itu akan berada di bawah kuasa Dajjal.

Dajjal ketika datang pada mesyuarat TPPA yg baru lepas telah menyatakan sokongannya terhadap seks bebas dan LGBT.

Dajjal terbang ke serata dunia dan menawarkan TPPA siapa ikut masuk ‘syurga’ siapa menolak masuk ‘neraka’.

Dajjal boleh turunkan hujan menukar gurun menjadi padang rumput – US ada teknologi HAARP yang mampu menukar cuaca dan hasilkan bencana alam pada tempat yang mereka mahu. Sila Google untuk maklumat lanjut.

Saya pasti anda sudah jelas terang samada Dajjal itu baru nak keluar atau sebenarnya dah lama keluar cuma ianya akan lebih menonjol pada akhir-akhir ini.

Hits: 9

2 thoughts on “Dajjal menunggang keldai dan menyebarkan roti mengelilingi dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge