motivasi belajar

Doa belajar untuk melancarkan dan memudahkan pembelajaran anak-anak agar menjadi lebih cemerlang

Sharing is caring

Doa belajar sepatutnya mudah tambah lagi bagi anak-anak yang perlu usaha yang lebih untuk belajar berbanding kawan-kawan lain.

Jika pelajaran pun kadangkala sukar untuk diingat jadi untuk ingat ingat doa menjadi lebih sukar juga. jadi biarlah amal doa-doa belajar yang ringkas serta mudah untuk diingat.

Sebetulnya pelajaran akan mudah diingat secara otomatik jika anak-anak faham apa yang dipelajari. Pelajaran jadi sukar pabila anak tak faham satu bende apa pun kemudian terasa siksa dan terpaksa nak dihafal pula.

Lagi satu, sesuatu poin itu lebih mudah diingat jika anak-anak buat latihan dan amalkan ilmu itu untuk buat homework. Latihan demi latihan lama-lama skill itu melekat di otak.

Baca:  Tips didik anak malas belajar

Kesimpulannya apabila faham anak-anak jadi seronok nak belajar dan mudahlah pula nak selesaikan homework. Bila dan terer tu datangla soalan apa masa peperiksaan memang dia akan ingat nak jawab macamana.

Dari itu, doa belajar ringkas yang boleh diamalkan anak anak sepanjang masa khasnya lepas solat 5 waktu ialah,

YA ALLAH, mudahkanlah aku untuk FAHAM, AMAL dan INGAT apa yang aku dah pelajari. Amin Ya Rab.

Baca:  Nak belajar Bahasa Inggeris tapi tak tahu bagaimana?

Bagi ibubapa pula boleh mendoakan ini pabila setiap kali teringat kat anak, waktu hantar dan ambil anak ke sekolah, selepas tiap solat 5 waktu dan waktu lain yang mustajab,

YA ALLAH, mudahkanlah untuk anak anakku FAHAM, AMAL dan INGAT apa yang telah dipelajari. Amin Ya Rab,

Semoga semua anak-anak sukses dalam pembelajaran, peperiksaan dan kehidupan mendatang.

Amin.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT COPYWRITING PERCUMA <<

 

 

Hits: 14

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge