Domain oh domain…blog oh blog

Ini kisah flashback sesuai bagi mereka yang belum ada blog.

Waktu tu baru balik bengkel IM ternama cerita pasal buat duit dengan autoresponder.

Rupanya autoresponder je tak sedap, nak kena ada website atau blog pulak.

Hasil dari bengkel tulah terhasilnya blog yang kita sedang baca sekarang ni.

Nilah blog pertama yang saya buat dan kekal sampai hari ni setelah naik turun dan jatuh bangun perasaan malas dan rajin bersilih ganti.

Alhamdulillah.

Bertahan sehingga kini.

Lepas tu ada juga beli satu domain dan hosting lain. Tak kekal.

Sukar sebenarnya nak maintain banyak-banyak.

Satu cukup.

Test tengok berapa boleh tahan.

Bubuh la posting apa saje. Yang penting update.

Itupun liat sungguh ya Allah.

Sejarah nama domain ni pun ada ceritanya.

Kunun dulu nak terjah market mat saleh. Dapat jugalah subscriber mat saleh beberapa ketul.

Tapi memang tak syoklah sebab lagi best tulis dalam bahasa melayu. Tulisan pulak asyik serius je oh memang bosan.

Terfikir balik kat Malaysia saja dah banyak prospek dan lebih baik berkongsi ilmu dengan anak bangsa lebih afdal.

Satu je kesimpulan yang paling jelas.

Tak susah nak pun nak buat blog rupanya dan nak update pun bila dah biasa dah tak rasa beban.

Bayangkan dengan modal RM100 setahun kita dah boleh menerokai dunia blogger yang tidak terbatas.

Daftar je domain dan hosting lepas tu bayar, selebihnya masa yang akan jadi penentunya.

 

Hits: 4

2 thoughts on “Domain oh domain…blog oh blog

  1. Yup..daftar aje..update jer apa cerita pun..selagi tak kacau hati dan emosi orang lain..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge