Donut Bangi viral

Korang mesti dah tahu kisah donut Bangi viral kan. Kisah tu menunjukkan antara yang terkesan dengan PKP akibat nak mengawal penularan wabak Covid-19. Ada yang terdesak mula cuba untuk berjinak-jinak jual apa sahaja tetang apa yang mereka tahu.

Bagi yang dah biasa berniaga paling kurang diaorang dah ada feveret kastemer so tak seberat kakak yang tiba-tiba nak menjual. Mujur syukur ada yang simpati baca post fesbuk yang sejuk tak ada like tapi ambil risiko semata-mata nak membantu.

Sebenarnya selain fesbuk, ada banyak media alternatif yang boleh dicuba sekiranya fesbuk kurang menjadi. Apalagi di waktu PKP ni korang tak boleh nak travel jauh melebihi 10 kilometer dari rumah sebab silap-silap boleh kena saman RM1k. Jadi gunakanlah apps atau aplikasi khas yang boleh memancarkan siaran korang dalam jarak komuniti terdekat jadi nak ambil dan hantar order pun senang.

Apa yang aku nak bagitau korang boleh gunakan aplikasi chatting yang boleh dapat percuma je kat play store. Contoh yang aku tau macam WeChat, MiChat dan lain-lain. Setiap aplikasi ni ada pengguna-pengguna yang berbeza kategori. Jadi nak reach mereka semua join je dengan seberapa banyak aplikasi chatting ni dan buat hebahan dan siaran. Lepas tu tengok sambutan mana yang paling hangat.

Dengan cara tu korang boleh dapat tahu mana aplikasi yang the best. Tak rugi apa pun sebab semuanya percuma macam fesbuk jugak. Yang penting hasrat nak jual barang tercapai. Jangan pula khayal berchatting nanti tapi gunakan kecanggihan teknologi chatting untuk marketing.

Hits: 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge