Dream big! Think big! Sila fikirkan semula …

Target Sederhana. Salah satu penemuan yang dihasilkan oleh kajian Prof McClelland adalah di mana apabila individu-individu yang sangat berjaya (di US) menetapkan target untuk diri mereka sendiri, mereka memilih target yang sederhana.

Penemuan itu sangat bertentangan dengan sangkaan umum yang popular, di mana orang lazimnya menyangka target yang sangat tinggi akan menghasilkan kejayaan yang tinggi.

“Dream big!”
“Think big.”
“Nothing is impossible.”
“Aim for the stars, you will at least land on the moon!”
“Dare to fail.”

Mengapakah target sederhana menghasilkan pencapaian lebih tinggi? Sebagai contoh, kita meletakkan target 5 poin, tetapi akhirnya kita berjaya mencapai 50 poin.

Menurut pakar-pakar psikologi, target sederhana mampu menghasilkan pencapaian lebih tinggi kerana faktor-faktor berikut:

  1. Target sederhana mencerminkan kita seorang yang mempunyai sikap realistik, berfikiran rasional, objektif, praktikal dan pragmatik.
  2. Target sederhana menunjukkan kita seorang yang kalkulatif, dan sentiasa berusaha mengurus dan mengawal risiko dalam membuat pilihan dan keputusan.
  3. Target sederhana lebih mudah dicapai. Ia mampu menghasilkan banyak kejayaan-kejayaan kecil dan sederhana. Setiap kejayaan kecil dan sederhana itu berfungsi meningkatkan percaya-diri kita.
  4. Dengan percaya-diri yang bertambah tinggi, setakuk demi setakuk kita menjadi semakin bersedia menaikkan lagi target kita kepada aras yang lebih tinggi. Dan begitulah seterusnya…..

Diatas adalah nota daripada mentor Puan Ainon Mohd, Pengerusi syarikat penerbitan PTS dan juga ABS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge