Dapatkan langkah percuma cara buat fan page apabila anda klik link dibawah artikel ini.
Mengapa Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook?
Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook.
Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita
telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes kita kepada pasaran!
Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?
Ratusan Juta Pengguna Facebook
Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Pada tahun 2011 satu pusat pengumpul data melaporkan Malaysia di ranking ke-17 sebagai negara pengguna Facebook dan semakan data ada melaporkan bahawa Malaysia mempunyai 12,193,600 pengguna Facebook. Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda! Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.
Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.
Facebook Bersifat Viral
Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.
Sifat viral ini juga dipanggil sebagai ‘promosi dari mulut ke mulut’. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.
Jadi dah tau kenapa facebook penting untuk pemasaran?
NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK UPDATE STATUS DI FACEBOOK?
Hits: 2