Fizo Omar kongsi rezeki dengan anak melayu tawar bisnes burger percuma

Siapa tak kenal Fizo Omar? Bermacam kisah Fizo yang mungkin korang dah dengar dari hot sampailah yang sensasi. Itu cerita lain.

Ini dari sisi lain.

Nak Allah swt bantu kita, maka hendaklah korang bantu orang lain dulu. Kata-kata inilah yang cetuskan idea tawar bisnes burger percuma kepada anak muda belia. Nampak macam agak tak logik.

Apa yang Fizo buat?

Belia yang berminat ditawarkan berniaga diberikan gerai burger secara percuma selain keperluan untuk memasak burger selain kursus pengendalian sebagai persediaan.

Apa yang belia perlu sediakan pula?

Semangat dan minat.

Apa yang Fizo dapat?

Tiada imbuhan akan diambil dari keuntungan jualan bisnes burger. Malah mereka dapat latihan, uniform serta penyeliaan akaun supaya bisnes burger boleh maju ke depan.

Jadi keuntungan yang Fizo dapat adalah dari pembekalan bahan-bahan membuat burger.

Jadi inilah yang dikatakan perkongsian rezeki dari kacamata Fizo Omar. Ada di antara anak muda belia yang sudah berjaya hasilkan pendapatan bulanan dari RM2,000 hingga RM10,000. Dengan cara ini anak muda dapat peluang bekerja sendiri untuk menampung kehidupan dan tidak lagi bergantung pada orang lain untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge