fotografi

Belajar Fotografi Digital Kuasai Cara Baru Untuk Mengambil Gambar

Sharing is caring

Fotografi adalah seni. Ia memerlukan latihan, kemahiran, dan perhatian terhadap perkara yang orang lain tidak nampak. Tidak semua orang akan meluangkan masa untuk mempelajari landskap, hidupan liar, bangunan, atau subjek lain untuk mendalami subjek yang tersembunyi, tetapi apabila mereka sering melakukannya, mereka akan memahami makna yang tersingkap disebalik foto yang mereka ambil. Jurugambar menghabiskan hidup mereka mencari cara baru dan berbeza untuk memotret subjek. Fotografi digital adalah satu cara baru untuk mengambil gambar. Terdapat banyak kelebihan untuk bekerja dengan fotografi digital.

Bilik gelap tidak lagi digunakan dan digantikan dengan pencetak komputer apabila kita menggunakan fotografi digital. Kita juga boleh menghantar gambar kepada semua rakan dengan beberapa klik butang. Fotografi digital menjadikan pengambilan gambar menjadi mudah, tanpa perlu kita cuba secara semberono. Dengan skrin LCD pada kamera digital, kini anda dapat melihat foto yang anda ambil tanpa menunggu dan berjam-jam atau lebih lama untuk melihat filem itu bertindakbalas sepertimana dalam fotografi konvensional. Kita tidak lagi dibatasi oleh kapasiti filem, tetapi oleh kad memori. Sebilangan besar kad memori mempunyai 32MB atau 1GB bergantung pada berapa banyak yang anda belanjakan untuk peralatan.

Fotografi digital meliputi kamera profesional dengan lensa yang saling bertukar, setting manual atau boleh menjadi kamera point and shoot yang mudah. Sama ada anda mencari gambar kelas profesional atau sesuatu yang akan ditertawakan oleh rakan anda kerana fotografi digital menjadikan pengambilan gambar lebih mudah. Sebelum ini, kita dapat melihat gambar sebelum di cetak, begitu juga kamera digital akan membolehkan anda mengedit dan menyimpan foto sebelum mencetak.

Baca:  Tips Pencahayaan Untuk Fotografi

Kamera digital boleh jadi terdiri dari semua kategori bermula dari kamera key chain, kamera poket, smartfon sehinggalah kamera profesional. Kita semua suka dan enjoy dengan kamera digital di telefon kita. Namun sekiranya anda lebih berminat dengan bidang fotografi profesional, kamera digital pertama yang anda pilih mestilah mempunyai lensa yang boleh ditukar ganti dengan resolusi tinggi. Anda boleh pilih setting secara automatik jika anda merasa lebih selesa dengan pengaturan cahaya sedia ada, namun kebanyakan orang memiliki pengaturan ISO, aperture, dan pilihan shutter speed juga.

Mengambil gambar dengan cara yang ketinggalan, rakaman anda akan menjadi kurang seronok. Sewaktu mengambil gambar cuba anda perhatikan perkara yang tidak biasa atau cuba tonjolkan yang luar biasa daripada pemandangan yang biasa-biasa. Berjalanlah di sekeliling subjek dan cari setiap sudut yang mungkin dan ambil beberapa foto untuk memilih sudut yang terbaik. Di sinilah fotografi digital mengatasi kamera filem dari segala segi. Setelah melihat semua sudut dan mengambil gambar, anda akan dapat melihat adakah kesan yang anda mahukan ada atau tidak. Ini adalah cara yang lebih cepat untuk anda belajar bagaimana mengatur kelajuan shutter dan bukaan sewaktu shot dilakukan dan menggunakan pencahayaan kerana anda melihat hasilnya dalam sekelip mata sewaktu sesi shooting masih dijalankan.

Baca:  Buat Anda Yang Hobinya Suka Ambil Gambar Ini Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Fotografi Stok

Mengaplikasikan fotografi digital mungkin tidak akan menggunakan semua kemahiran yang anda pelajari pada kamera lama anda, tetapi tidak semestinya juga. Sebaliknya fotografi digital meningkatkan pembelajaran anda semasa anda masih dapat melihat objek yang anda shoot. Daripada berjam-jam di bilik gelap atau menunggu dalam barisan untuk cuci gambar di kedai, dengan fotografi digital anda boleh mendapatkan gambar yang anda mahukan ketika itu, di saat itu juga. Fotografi digital seperti semua teknologi lain telah berkembang untuk membantu kita mengalami pengalaman dan cara baru dalam fotografi.

Tahukah anda bahawa dengan fotografi digital anda boleh memperolehi bayaran dengan submit gambar digital anda ke Shutterstock. Tidak kisah samada anda menggunakan kamera DSLR atau smartfon tapi yang penting anda tahu teknik asas mengambil gambar yang baik.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 28

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge