bina blog bisnes internet

Fungsi blog dalam pengiklanan

Sharing is caring

Blog merupakan cara ampuh untuk mengiklankan bisnes anda. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana blog yang dikemaskini sentiasa mampu menarik pengunjung secara automatik.

Bagaimana ia boleh terjadi sedemikian?

Blog secara amnya terdiri dari tajuk, kandungan, kategori, tags, komen dan pelbagai ciri-ciri lain dimana setiap darinya memain peranan dalam optimasasi laman blog yang membolehkannya menarik trafik secara organik.

Blog boleh menjalani optimasasi secara on page atau pun off page. On page bermaksud anda hanya perlu tumpukan optimasasi pada laman blog sahaja manakala optimasasi off page dijalankan dengan cara backlink, komen di blog orang lain, guest blogging, forum etc.

Blog yang mempunyai ciri optimasasi yang baik selalunya mempunyai tajuk, kandungan blog, tags yang mengandungi keyword terpilih sahaja dan keyword tersebut mempunyai nilai komersial berkaitan dengan produk/servis yang hendak dijual. Ini akan menjadikan blog tersebut mampu menarik pengunjung yang berminat dengan produk tersebut. Setiap pengunjung akan menaip keyword ke dalam Google untuk mencari sesuatu produk. Sekiranya blog anda muncul di tempat pertama dalam carian tersebut maka blog anda dikatakan mempunyai ciri SEO (search engine optimization) yang baik.

Secara tak langsung blog anda berfungsi sebagai iklan bagi produk yang anda jual. Semakin anda jalankan optimasasi SEO, blog anda akan semakin menonjol terhadap pelanggan apatah lagi jika anda menyediakan info yang sangat berguna buat mereka. Dengan blog juga promosi yang anda lakukan akan berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa anda perlu pantau dan duduk depan laptop sepanjang hari. Menarik betul kan?

Klik sini —> Iklan produk anda dengan blog 24/7

 

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST ANDA?

>> TIPS NAK TARIK FOLLOWERS <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge