affiliate

Gandakan pemasaran affiliate anda dengan blog

Sharing is caring

Rugi betul!

Ramai pemilik kedai online tidak perasan perkara ni.

Jika kita perhatikan ramai peniaga merasakan untuk berniaga mereka perlu bergerak sendiri.

Namun bagi peniaga yang bijak mereka sanggup mengambil sales person yang power untuk membuat pemasaran tambahan disamping membuat promosi sendiri juga.

Kadangkala sales person ini mungkin membuat 2 atau 3 kerja sales sekaligus kerana mereka pakar dalam bab membuat jualan.

Bayangkan bisnes owner ini sanggup bayar lebih untuk dapatkan jualan yang extra.

Bagi pemilik kedai online mereka tidak perlu mengambil orang tambahan.

Baca:  Bagaimana hasilkan komisyen RM3000 sebulan dengan affiliate?

Inilah kelebihan sistem affiliate. Kedai online yang mempunyai sistem affiliate boleh merekrut sales person affiliaters secara otomatik.

Tiada gaji dibayar melainkan komisen itupun setelah jualan terjadi dan pembayaran diterima.

Dari pemerhatian saya, ada banyak website jualan online yang ada built-in sistem affiliate.

Namun mereka seperti tidak mengendahkan langsung tool yang powerful ini kerana apabila saya cuba mendaftar namun langsung tidak mendapat maklumbalas.

Mereka tidak sedar bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan askar-askar affiliate yang ramai untuk mempromosikan produk mereka.

Peniaga jenis ini menganggap bahawa bisnes ini adalah milik persendirian dan ianya tidak boleh dikongsi dengan sesiapapun.

Baca:  Jangan jual produk kepada pelanggan tapi tanya pelanggan nak produk apa

Mungkin ini satu pandangan yang kurang tepat. Lihat sahaja Amazon.com dimana ia menggunakan sepenuhnya sistem associate dan dengan jayanya mencatat keuntungan yang berganda-ganda.

Di peringkat tempatan, Lazada.com menggunakan strategi yang sama.

Mungkin sudah sampai masanya syarikat-syarikat melihat peluang ini untuk mengembangkan bisnes mereka.

Klik sini —> Cara Promosi Sistem Affiliate.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge