tazkirah tips

Gelisah hati tak tenang? Bacalah Al-Quran

Sharing is caring

Nampak simple je.

Baca Al-Quran supaya hati kita menjadi lebih tenang.

Bila nampak simple ni orang pun jarang nak percaya kan.

Bila tak percaya dia pun tak buat.

Nampak simple tapi yang paling susah bila tiba masa nak buat.

Susah sangat kita nak baca Al-Quran.

Itu yang jadi hati bercelaru.

Hidup haru biru.

Pagi keluar kerja.

Malam balik rumah.

Pi mai pi mai tang tu, hari-hari macam itulah.

Masalah timbul – biasalah.

Ada halangan – biasalah.

Lama-lama hilanglah tu.

Itu tanggapan orang yang tidak berpegang kepada Allah swt.

Baca:  12 Resipi Masakan Tanpa Minyak untuk Jaga Kesihatan

Walhal Allah swt amat merindui hambanya untuk mendengar suara, bisikan, aduan, rayuan, rintihan dari kita.

Dan kita kata – biasalah adat hidup.

Setiap yang Allah swt sediakan untuk kita bukanlah sia-sia.

Jika kita runsing, risau, gundah, gulana, berdebar (tidak tenang) – kembalilah padaNya.

Sesungguhnya Allah swt itu amat dekat – lebih dekat dari urat leher kita.

Cuma kita sahaja yang tidak mahu kembali menyerahkan nasib diri kita kepada Allah swt.

Salah satu cara ialah dengan membaca Al-Quran.

Al-Quran ibarat air yang menjirus hati kita setiap kali ia mengalami kekotoran.

Baca:  Tips kurus di bulan Ramadan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Ibarat kita mandi setiap hari – begitulah hati, cuci ia setiap waktu dengan kerapkali baca Al-Quran.

Kita selalu nampak yang fizikal – tapi kali ini fikirlah secara rohani, apa keperluan badan kita dari segi spiritual pula.

Bagi yang lama tinggal Al-Quran – JOM baca Al-Quran mulai hari ini dan seterusnya setiap waktu.

gelisah hati tak tenang

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 3

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge