adsense

Google AdSense: Check your recent payment

Sharing is caring

Haha tentu korang happy apabila dapat notis macam ni kan.

Apa taknya dapat duit USD tu bila convert memang la berbaloi.

Macam tu la jugak aku baru je dapat emel dari Google.

Dulu Google siap pos cek lepas tu bila bank in ke bank tempatan kita huh dia punya caj memang la agak melampau.

Jadi bila tolak caj bank tu komisen kita jadi ciput lak.

La ni Google dah improve siap boleh masuk akaun terus ke local bank tak payah hantar cek pun.

Yang syoknya income jenis ni ialah dia jenis hands off … set and forget.

Tak perlu jual barang bimbit sampai pejabat pos atau pos laju dan sebagainya.

Google adsense adalah satu program pengiklanan yang mana kita boleh join samda sebagai publisher atau advertiser.

Baca:  3 jenis iklan yang boleh buat duit dengan blog

Advertiser tu kita sebagai penjual nak promosi produk melalui iklan adsense. Jadi advertiser perlu bayar kos iklan ke Google agar iklan produk dapat di siarkan.

Manakala publisher ialah affiliate yang berdaftar dan bantu promosikan iklan Google ni tadi ke khalayak yang lebih ramai.

Mudah kata macam agen yang sebarkan iklan la. So, agen akan dibayar upah sebab carikan pelanggan yang nak baca dan iklan tersebut.

So, aku ni kira agen la kan pasang iklan kat blog ni.

Siapa yang berminat akan klik dan baca iklan tu. Samada prospek beli atau langgan, aku sebagai agen tetap dapat komisen berdasarkan jumlah klik kat iklan tu.

Ada orang promote iklan adsense ni guna youtube tapi aku guna blog jer buat masa ni.

Youtube aku rasa nak belajar jugak sebab dengarnya lebih banyak klik dapat jika video tu viral ye.

Baca:  Cari Duit Online Dengan Iklan dan Penulisan untuk Blogger

Bunyinya senang tapi sebenarnya tak semudah itu melainkan kita benar mahir dan konfiden.

In shaa Allah nanti aku belajar.

Cuma buat masa ini ok la juga merasa komisen adsense ni walaupun slow dan aku set treshold every USD100 akan bank in ke Maybank.

Bagi yang sabar tak jadi masalah banyak tu USD100 sape nak bagi kan. Nak income lebih boleh je tapi kena tarik trafik ke blog dengan lebih banyak lagi. Tu yang tak mudah.

Nak cepat gak, kena la set youtube. Mungkin lebih lebat lagi! Haha …

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT COPYWRITING PERCUMA <<

 

 

Hits: 0

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge