Harga ayam melambung RM25 seekor di Kelantan

Ini ada peluang bisnes bagi yang minat jual ayam.

Dilaporkan terdapat beberapa tindakan segelintir peniaga yang tamak yang menghalang bekalan dan menyebabkan harga ayam naik mendadak.

Pihak berwajib dah menolak sekerasnya berkenaan kononnya kenaikan herga disebabkan bekalan terhad akibat penyakit bronkitis.

Ini adalah kerana penyakit ini merupakan penyakit endemik dan biasanya dikawal dengan pemvaksinan.

Jika bronkitis berlaku ini bermaknan ladang tersebut tidak menjalankan pemvaksinan dengan betul dan ia bukannya satu outbreak yang perlu dibimbangkan.

Apa yang bestnya ialah kerajaan telah memikirkan bagaimana cara untuk mengelakkan manipulasi harga oleh orang tengah ini.

Salah satu cara yang dicadangkan ialah pembukaan MyFarm Outlet yang memberi peluang penjualan ayam terus dari ladang kepada orang ramai tanpa melalui orang tengah.

Dengan cara ini orang ramai mempunyai lebih banyak laluan untuk mendapatkan ayam dan bukan hanya terhad kepada kedai biasa.

Dan anda yang berminat untuk menceburi bidang penjualan ayam juga masih terbuka luas sekiranya anda terus follow up isu ini dan memohon permit untuk membuka MyFarm outlet ini pada masa akan datang.

Hits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge