facebook marketing

Headline power mampu tarik pelanggan yang betul

Sharing is caring

Saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini tips-tips marketing oleh otai-otai melalui grup-grup atau wall facebook mereka.

Memang benarlah kita perlukan idea baru sentiasa untuk terus bertenaga dan bersemangat untuk membuat pemasaran yang berterusan dan konsisten. Namun kita tidak semestinya perlu membelanjakan jumlah wang yang besar untuk refresh idea ini kerana seperti yang kita tahu tidak semua orang mampu untuk mengeluarkan wang setiap kali nak belajar perkara baru.

Anda boleh saja belajar dari fanpage bisnes orang lain dan ubahsuai ayat-ayat jualan mereka untuk di sesuaikan dengan produk anda. Tahukah anda bahagian iklan anda yang manakah akan pertama kali di baca oleh bakal pelanggan? Jawapannya adalah HEADLINE. Bahagian inilah yang akan menapis orang yang benar-benar akan memerlukan produk anda. Pelanggan yang betul akan membaca terus iklan anda sehingga habis sekiranya headline yang anda tulis benar-benar kena dengan situasi beliau.

Namun sekiranya headline yang anda buat lari tajuk maka pelanggan yang tidak berkaitan akan cepat-cepat beralih kepada post orang lain kerana iklan anda tidak berkaitan dengan keperluan beliau. Begitulah pentingnya headline bagi menarik pelanggan yang betul. Kadangkala satu produk itu sesuai untuk pelbagai jenis golongan pelanggan. Dalam hal ini anda perlu beringat apabila menulis headline untuk satu promosi janganlah tarik kesemua golongan ini dalam satu iklan kerana kadang-kadang pelanggan akan keliru. Seeloknya setiap iklan tersebut tarik satu jenis golongan pelanggan. Manakala satu iklan yang lain anda target golongan jenis pelanggan yang lain pula.

Contohnya ialah satu produk boleh menyembuhkan gout dan ubat itu juga boleh sembuhkan sakit sendi. Jadi jangan buat iklan ubat ini anda tujukan kepada kedua-dua golongan. Pecahkannya kepada dua iklan. Satu iklan targetkan kepada pesakit gout manakala satu iklan yang lain anda targetkan untuk orang yang mengalami sakit sendi. Lagi satu peringatan untuk peniaga, jangan buat iklan dengan headline umum, anda akan rugi kerana pelanggan keliru. Contohnya iklan, “TAWARAN MURAH”, “DISKAUN 50%” dan sebagainya. Headline ini memang menarik minat ramai orang tapi akhirnya orang berlalu begitu saja sebab mungkin tidak berkaitan pun dengan mereka. Ini kerana mereka mungkin mencari BAJU RAYA, KUIH RAYA atau PERABOT RAYA. Dalam headline perlu nyatakan nama, fungsi atau perkara yang berkait dengan produk anda.

Baca:  Langkah-langkah menjual secara online di Facebook

Jadi pesanan saya tulislah headline yang sesuai dengan promosi yang anda lakukan.

Dapatkan ayat headline yang tepat supaya kita sama-sama dapat tarik pelanggan yang betul.

Baca: Headline POWER untuk nak tarkh

Saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini tips-tips marketing oleh otai-otai melalui grup-grup atau wall facebook mereka.

Memang benarlah kita perlukan idea baru sentiasa untuk terus bertenaga dan bersemangat untuk membuat pemasaran yang berterusan dan konsisten. Namun kita tidak semestinya perlu membelanjakan jumlah wang yang besar untuk refresh idea ini kerana seperti yang kita tahu tidak semua orang mampu untuk mengeluarkan wang setiap kali nak belajar perkara baru.

Anda boleh saja belajar dari fanpage bisnes orang lain dan ubahsuai ayat-ayat jualan mereka untuk di sesuaikan dengan produk anda. Tahukah anda bahagian iklan anda yang manakah akan pertama kali di baca oleh bakal pelanggan? Jawapannya adalah HEADLINE. Bahagian inilah yang akan menapis orang yang benar-benar akan memerlukan produk anda. Pelanggan yang betul akan membaca terus iklan anda sehingga habis sekiranya headline yang anda tulis benar-benar kena dengan situasi beliau.

Namun sekiranya headline yang anda buat lari tajuk maka pelanggan yang tidak berkaitan akan cepat-cepat beralih kepada post orang lain kerana iklan anda tidak berkaitan dengan keperluan beliau. Begitulah pentingnya headline bagi menarik pelanggan yang betul. Kadangkala satu produk itu sesuai untuk pelbagai jenis golongan pelanggan. Dalam hal ini anda perlu beringat apabila menulis headline untuk satu promosi janganlah tarik kesemua golongan ini dalam satu iklan kerana kadang-kadang pelanggan akan keliru. Seeloknya setiap iklan tersebut tarik satu jenis golongan pelanggan. Manakala satu iklan yang lain anda target golongan jenis pelanggan yang lain pula.

Baca:  Karang ayat promosi produk kecantikan yang mampu menarik perhatian pelanggan

Contohnya ialah satu produk boleh menyembuhkan gout dan ubat itu juga boleh sembuhkan sakit sendi. Jadi jangan buat iklan ubat ini anda tujukan kepada kedua-dua golongan. Pecahkannya kepada dua iklan. Satu iklan targetkan kepada pesakit gout manakala satu iklan yang lain anda targetkan untuk orang yang mengalami sakit sendi. Lagi satu peringatan untuk peniaga, jangan buat iklan dengan headline umum, anda akan rugi kerana pelanggan keliru. Contohnya iklan, “TAWARAN MURAH”, “DISKAUN 50%” dan sebagainya. Headline ini memang menarik minat ramai orang tapi akhirnya orang berlalu begitu saja sebab mungkin tidak berkaitan pun dengan mereka. Ini kerana mereka mungkin mencari BAJU RAYA, KUIH RAYA atau PERABOT RAYA. Dalam headline perlu nyatakan nama, fungsi atau perkara yang berkait dengan produk anda.

Jadi pesanan saya tulislah headline yang sesuai dengan promosi yang anda lakukan.

Dapatkan ayat headline yang tepat supaya kita sama-sama dapat tarik pelanggan yang betul

Baca: Headline POWER bantu pukau pelanggan buat keputusan beli.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 24

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge