Hikikomori satu istilah komuniti di Jepun yang secara sosial terasing dari dunia luar secara fizikal

Hikikomori merupakan satu istilah yang telah diujudkan di Jepun. Komuniti yang terasing dari dunia luar tidak semestinya tidak ujud di negara lain tetapi ianya tidak ada istilah yang jelas dan tidak dikelaskan sebagai satu masalah yang signifikan.

Hikikomori tidak semestinya tidak berlaku di negara kita malah kita sendiri pun mungkin pernah alaminya buat sementara waktu.

Fasa hikikomori ini berlaku waktu dimana kita hanya akan duduk dirumah dan tidak keluar jejak kaki ditanah kerana bekalan yang cukup semua ada dirumah. Fasa ini terjadi contohnya apabila lepas peperiksaan dan sedang menunggu keputusan. Waktu ni tak ada tekanan dan masa terasa berjalan santai.

Walaubagaimanapun kita akan keluar dari fasa hikikomori apabila kita perlu move to the next stage of life. Kita menjadi sibuk semula dan mula keluar untuk sambung belajar atau mula bekerja.

Bezanya hikikomori di Jepun terjadi lebih dari 6 bulan dan individu masih berada di takuk yang sama tidak keluar rumah dan aktivitinya hanya bangun, makan, bermain video game, membaca manga, berhubung melalui media sosial, tidur dan tidak keluar rumah dan kadang tidak keluar dari bilik pun.

Apabila sudah terbiasa begitu, semua kehidupan normal sudah menjadi fobia bagi mereka. Semua perkara akan mendatangkan stress jadi mereka akan cuba elakkan membuat perkara atau berhadapan dengan stress.

Lama kelamaan kehidupan sudah menjadi tidak normal dan orang-orang seperti ini perlukan bantuan untuk bangkit semula.

Mungkin Jepun negara maju tetapi tidak semua orang mampu untuk ikut arus kehidupan yang laju dan pesat serta penuh disiplin macam tu.

Hits: 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge