Buat komisen affiliate untuk bayar bil api, air, astro, broadband

Kali ini saya nak beritahu anda yang berminat untuk selesaikan masalah bil – bil yang menimbun yang anda masih belum bayar dan masih tertunggak. Anda mesti minat, betul? Tetapi minat sahaja tidak cukup. Mindset anda perlu bersedia untuk berusaha keras di depan laptop, pc atau android anda sahaja. Putus asa adalah diharamkan!

Niat saya biar anda boleh rasa duit affiliate dan di belanjakan ke arah yang anda sangat-sangat memerlukan, contohnya untuk bayar hutang. Biar saya ceritakan caranya semudah mungkin bagi anda yang baru. Sebenarnya affiliate ini bukanlah baru, lama dah cuma mungkin ramai yang tak tahu. Manakala yang tahu pula gagal untuk hasilkan apa-apa pendapatan affiliate. Bagi saya bukan gagal tapi belum berjaya.

Seperti anda, saya juga sentiasa adakala berhasil dan banyak kali juga tidak berhasil untuk hasilkan komisen atau pendapatan affiliate ni. Ibarat orang berniaga ada turun dan naik namun kedai mesti buka tiap-tiap hari. Begitu juga berniaga affiliate di internet. Untungnya di internet ianya sentiasa on 24 jam. Jadi and tidak perlu masuk ofis atau kilang untuk buat promosi affiliate anda.

Okay, apa itu affiliate? Lain perkataan affiliate adalah agen. Anda akan jadi agen untuk jual produk orang. Jika berhasil buat jualan, tuan punya produk akan beri anda komisen. Faham kan? Bagi mudahkan kerja anda, jual produk digital sahaja ie. ebook. Apa itu ebook? Ebook ialah buku dalam bentuk digital atau pdf jadi tidak banyak renyah untuk penghantaran bagai kerana ebook boleh dihantar secara dalam talian sahaja. Mudah kan?

Next step. Mana nak dapat produk affiliate ni agar anda boleh jual dan dapat komisen sekarang juga! Ada banyak program yang menawarkan produk untuk anda buat promosi. Perlu hati-hati pilih program yang kukuh sahaja dan tidak kelentong wang anda. Pendaftaran sepatutnya percuma dan komisen sepatutnya tidak di songlap atau elak dari anda ditipu. Untuk pengetahuan, komisen dibayar terus ke akaun bank anda.

Biar saya cadangkan program yang kukuh sahaja:

1. http://www.ashadee.com/ (maaf, program dah ditutup)

2. http://klikjer.com/

Langkah yang anda perlu buat sekarang ialah mendaftar di laman ini:

https://www.ashadee.com/signup (program dah ditutup)

dan

http://www.klikjer.com/members/signup.php

Anda mungkin ada soalan setakat ini. Apa produk yang saya boleh promosikan? Program affiliate yang saya sebutkan kat atas tadi ada pelbagai produk atau ebook dengan pelbagai topik.

Lihat sini produknya – http://klikjer.com/marketplace.html

bagi program ashadee.com, anda hanya akan boleh lihat senarai penuh produk-produk setelah anda daftar dan log in sahaja.

Setelah anda daftar dan log in, anda akan diberi link affiliate yang unik untuk setiap produk yang disenaraikan. Link affiliate inilah yang akan digunakan oleh tuan punya ebook tadi untuk tracking samada anda dah buat sale atau siapa yang telah buat sale. Dari sini setelah dibuat pengesahan jika benar anda yang dah berjaya menjual maka kemudian anda akan dibayar komisen.

Komisen akan dikumpulkan dan di bank in ke akaun anda sebulan sekali. Tips berkenaan produk, oleh kerana produk banyak anda mesti pening nak pilih. Saya cadangkan anda pilih satu produk/topik sahaja dulu dan cuba buat promosi. Bila dah selesai satu tempoh (seminggu katakan), baru boleh promosi produk yang lain pula dan begitulah seterusnya. Ini bagi mengelakkan anda pening dan konfius dan juga elakkan audien/pelanggan anda perasan yang anda sedang buat promosi.

Cara promosi. Terlalu banyak cara promosi ni. Cadangan saya pilih satu atau dua cara sahaja untuk anda fokus. Seperti saya pemasaran dibuat di facebook dan blog. Bila buat terlalu banyak benda anda mudah hilang fokus. Pilih satu atau dua cara sahaja dahulu.

Bagaimana nak promosi dengan betul? Promosi yang power ialah dengan tanpa menjual. Jangan menjual semasa buat promosi. Jika di facebook, contoh menjual adalah, “Saya ada jual panduan membela arnab. Siapa nak beli sila hubungi saya sekarang!”. Contoh promosi yang tidak menjual adalah, “Bestnya baru turun dari Bukit Tinggi tadi. Seronok tengok anak-anak main dengan arnab tadi. Terasa macam nak bela arnab kat rumah pula.” Lepas tu letak link affiliate.

Teknik promosi terbaik ialah promosi dengan selamba. Saya rasa anda boleh faham. Jadi anda boleh buat latihan dengan praktis buat update status facebook macam biasa hari-hari dan diselang seli dengan post – post promosi yang selamba sahaja.

Promosi yang agak agresif anda boleh lakukan bukan di profile facebook personal tetapi buat satu fanpage khas. Namun posting buatlah secara santai masih bukan menjual tetapi penuhkan dengan info dengan lebih kerap.

Berbanding facebook dimana ayat promosi dan info hanya pendek sahaja, bagi blog pula anda perlu banyak menulis artikel yang panjang-panjang. Tujuannya ialah untuk menarik trafik organik secara semula jadi. Untuk bermula pula, anda boleh gunakan blog percuma seperti blogspot dan wordpress. Daftar secara percuma dan mulalah menulis tiap-tiap hari. Satu hari, satu post.

Halangan utama bagi orang untuk menghasilkan pendapatan affiliate ialah untuk mengambil tindakan. No action no money – tiada tindakan maka tiadalah wang masuk.

Hits: 2

2 thoughts on “Buat komisen affiliate untuk bayar bil api, air, astro, broadband

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge