Ibrah wabak virus Covid-19 mengajar manusia tentang disiplin diri

Allah swt melalui virus covid-19 mengajar mendidik manusia berkaitan disiplin samada suka atau tidak untuk perbaiki diri agar hidup dengan lebih teratur dan pandai mengikut arahan.

Kebersihan

Jangkitan virus covid-19 adalah berkait rapat dengan sentuhan dan juga penyebaran kuman melalui pernafasan. Dengan hanya kerap membasuh tangan setiap kali melakukan sesuatu kerja kita sudah mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti virus ini. Oleh yang demikian disarankan standby hand sanitizer sentiasa dibawa bersama untuk bersihkan tangan setiap kali menyentuh permukaan yang disentuh oleh ramai orang.

Mulut dan hidung sebaiknya ditutup dengan face mask agar droplet dari mulut atau hidung kita tidak dipindahkan kepada orang lain dan vice versa begitu juga agar droplet dari mulut dan hidung orang lain tidak dapat dipindahkan kepada hidung dan mulut kita. Hidung dan mulut adalah 2 anggota pernafasan yang kritikal dilindungi kerana boleh menjadi pintu masuk virus kedalam badan.

Bagaimana kulit kita pula seperti pada badan, lengan kaki selain tangan. Kita disarankan agar mandi apabila pulang ke rumah dari bekerja di pejabat, membeli barang keperluan di kedai dan sebagainya. Ya, sampai rumah balik dan terus mandi sebelum menyentuh suami/isteri dan anak-anak. baju yang digunakan pula harus dibuka dan dibasuh sebelum di pakai semula.

Ikut giliran

Jangkitan virus boleh dielakkan dengan penjarakan sosial. Tidak boleh ada terlalu ramai orang dalam satu tempat untuk waktu yang sama. Jadi diadakan penggiliran dan setiap orang diminta bersabar beratur dan menunggu giliran untuk memasuki sesuatu kawasan yang tertutup. Dengan cara ini kita boleh elakkan bersentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan virus. Kita boleh lihat orang ramai beratur di pusat belilah dan masing-masing sabar menunggu giliran untuk masuk secara batch by batch.

Kesihatan

Dan kita lihat setiap orang akan di tapis dengan cara menyukat suhu pelanggan bagi memastikan orang yang bergejala tidak bercampur dengan orang awam yang tidak tunjukkan apa-apa gejala. Urusan ini tidak pernah kita lihat sebelum ini. Cuba ingat bagi anak yang ada dihantar ke taska pada setiap kali anak dihantar dan apabila diambil dan berulang selang beberapa hari anak akan mula alami selsema dan batuk. Kadangkala kita menganggap taska ini adalah pusat penyebar virus influenza dan pelbagai penyakit kepada anak-anak. Kita tiada pilihan kerana anak perlu dijaga sewaktu ibubapa perlu bekerja.

Jadi wabak covid-19 ini semacam menunjukkan pada pihak taska agar lebih teratur dan disiplin dalam mengambil menjaga anak-anak. Pada setiap kali anak dihantar seeloknya anak di tapis dahulu mana yang sihat dan mana yang bergejala. Yang bergejala tetap akan hantar anak kerana ibubapa bekerja jadi perlu ada garispanduan jenis penyakit apa yang boleh terima dan jenis penyakit macammana yang tiada kompromi. Bagi sakit biasa seperti demam dan selsema mungkin pihak taska boleh kuarantin yang bergejala agar tidak merebak ke anak yang lain dan mereka di beri makanan berlainan sudu dan bekas dari anak yang sihat.

Namun bagi sakit kronik seperti HFMD, chicken pox etc mungkin tiada kompromi dan ibubapa perlu ambil cuti khas untuk jaga anak.

Hemah berbelanja

Pengajaran yang lain yang boleh diperolehi adalah berkaitan dengan kewangan dan penjimatan. Ibu akan menjadi lebih rajin memasak kerana khuatir tentang kualiti makanan dikedai di masa wabak covid-19. Walaubagaimanapun, KKM tidak mencadangkan covid-19 boleh dijangkiti melalui makanan. Namun dengan wabak covid-19 yang diisytihar dalam perintah kawalan berkurung, sumber makanan tiba-tiba menjadi rebutan apabila berlaku panic buying. Sewaktu begini, seeloknya merancang untuk membeli barang makanan dan memasaknya ikut jumlah tertentu pada waktu tertentu dimana perlu merancang dengan teliti jadual masakan agar makanan sentiasa cukup sepanjang perintah kawalan pergerakan yang diperketatkan.

Tambahan lagi pada waktu sebegini ada yang dipotong gaji atau diberhentikan kerja serta menggunakan simpanan untuk terus survive. Jadi pentingnya skill berjimat dan belanja hemah ini apabila tiba waktu diperlukan semacam apabila terjadinya wabak covid-19.

Sebenarnya ada banyak lagi ibrah wabak covid-19 ni namun sampai sini yang sepmat dikongsikan. Sekiranya ada yang punya input tambahan bolehlah memberi komen kat bawah.

Hits: 9

This entry was posted in life, love and tagged by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge