Anda belum berjaya jual online? Ini kisah Rashid bergelut dengan storytelling biskut kuih raya

Ngantuknya …

Rasanya ni ntah kali yang ke berapa puluh kali Rashid menguap. Ingatkan malam tadi lepas terawih nak stay up sambung keje tapi dah telelap la pulak.

Ni bangun sahur awal sket hari ni ingat nak sambung keje semalam tak abis2 lagi tapi efeknya berat mata ngantuk macam orang tak cukup tidur.

Gitulah hari2 Rashid cuba berazam sungguh-sungguh nak jual kuih raya katanya nak ubah sikit rutin dari tahun lepas yang sibuk. Tahun bila PKP ni ada masa skit luang masa nak cuba promot kuih raya hihi …

Cuma satu je masalah Rashid ni rupanya.

Idea tak timbul2 sejak minggu lepas. Modal dah ada sebab tu stok pun dah standby. Tapi sebelum ni pun macam2 idea timbul, stok dia macm tu jugak.

Tu dia bertimbun kat ruang tamu dah jadi macam warehouse pulak.

Tu la dulu tak nak join seminar. Pelbagai alasan katanya.

Mahal la.

Jauh la.

Ala marketing ni kacang ja. tup tup Rashid tengah stuck sekarang ni.

Mula2 stuck bab PKP. Lepas tu stuck buat posting FB takde orang like, komen dan share langsung. La ni stok kuih raya dia stuck kat ruang tamu. Last2 ni otak dia pulak stuck sebab idea kering tak tau nak buat posting apa.

Lagi pun tau dah kalau Rashid buat posting macam dolu2 pun gerenti takde engagement krik krik sebab tu dia tau buat la apa pun posting stail biasa2 macam mencurah air di daun keladi huhu

SEKARANG RASHID BETUL2 STUCK…..CHECKMATE

Bini Rashid pun tak boleh tolong. Dia cuma surirumah je. Marketing apa pun tak tau. ZERO.

Nyesal betul. Getus Rashid dalam hati. Time PKP ni mana nak attend kursus dan seminar lagi dah silap2 polis tahan kena denda RM1k lagi.

Bestnya kalau ada copy paste je kempen promosi pasang siap takyah pening2 kepala dah nak fikir-fikir naik kusut rambut naik tocang dah la tak boleh gunting rambut lagi sekarang nih. Naik meroyan jadinya Rashid.

Kebetulan masa Rashid tengah blur blur tu lalu satu posting macam kena kat batang hidung je.

Eh .. aku ingat dah unfriend mamat nih macam mana dia punya iklan boleh appear kat sini? marah Rashid.

Tapi kira hebat la cenggini sebab friend kepada friend kepada friend dia dah komen, like dan share sampai tak boleh menahan posting ni dah jadi viral macam Covid-19 gamaknya, puji Rashid dah mula sejuk reda dari marah yang tadi.

Rashid pun mula baca iklan tu, bunyi dia macam ni …

“Korang tahu tak sebab apa korang iklan dekat Facebook korang lepas tu krik krik?

Sebab direct sales! Direct sales orang tak suka!

Sapa nak tengok iklan? Memang tak lah.. Kecuali letak orang lawa gadis cun Korea kulit cerah baru masuk Islam pakai tudung. Huh .. meletop satu Nusantara, Malaysia, Indonesia …tak gitu?

Orang lagi suka baca kisah-kisah hal orang ni. Barulah layan, syok dan stim nak like, komen dan share sampai tunggang tebalik smartfon kat tangan.

Ayam goreng pun boleh jadi arang bila dah mabuk mengomen sebab tak sempat nak angkat ayam.

Masalahnya, macam mana nak buat cerita hal orang dan digabungkan dengan iklan?

Tak perlu susah payah nak pikir benda ni semua sampai boleh darah tinggi.

Korang guna sajalah template storytelling yang siap sedia dengan cerita dan ayat jualan dalam tu.

Nak tau lebih-lebih, korang tengok dan baca semua template storytelling tu ye. Macam tu la bunyi iklan yang makan dalam tu.

Kesimpulannya, Rashid lepas baca tu terus insaf dan tak mau tangguh2 lagi atau raya nanti dia kena perabih semua stok kuih raya tu sebab takde tamu nak datang sape nak makan pasal PKP pasti bersambung lagi!

Percuma: Skrip Berkesan Hasilkan Ayat Iklan Yang Menjual Di Facebook

Hits: 162

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge