youtube

Follow youtube Hock Chai’s Flavors Talk kalau korang jenis malu dan tak pandai cakap depan kamera

Sharing is caring

Ketika kita sibuk nak buat video youtube jelajah sana sini memburu makanan, sorang Uncle cina ni rileks je buat video makanan kebanyakkan hanya di Penang.

Uncle Hock Chai yang ada 20k subscriber ni aku perhatikan video dia rakam ni tak edit sangat. Ada la sikit-sikit sekarang ni.

Kerja dia rakam video gerai ditepi jalan dan kedai makan yang ada di Penang hanya dalam 1-15 minit sahaja.

Dia rakam start berjalan, dia order, orang masak sampai la dia bungkus dan makan.

Dia tak peduli gerai atau kedai cina ke, kedai melayu ke, kedai india ke yang menjual, semua dia rakam.

Baca:  Promosi produk affiliate dengan Youtube

Lebih 500 video dia upload.

Apa yang aku nak bagitau disini adalah supaya follow cara dia kalau korang jenis malu depan kamera dan tak pandai cakap.

Sekeliling korang banyak sangat kedai makan, gerai tepi jalan dan apa sahaja yang boleh korang rakam.

Peniaga tak marah sebab bagi diorang ini membantu perniagaan diorang juga. Bagitau saja nak masukkan dalam youtube.

Uncle ni sangat konsisten upload, menghasilkan tajuk youtube mesra SEO dan thumbnail yang buat orang nak klik.

Baca:  Video kangkung remix dah jadi viral

Ni antara punca kenapa video dia korang akan jumpa walaupun search ‘mee goreng’.

Korang kena belajar cara buat tajuk video youtube memukau penonton supaya klik, cara buat thumbnail menarik dan hasilkan description yang bila search mudah nak jumpa.

Ingat, untuk mula buat youtube, jangan buat sebab duit tapi berkongsi dahulu. Kalau buat kerana nak duit, korang akan cepat give up.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 16

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge