Kisah THE POWER OF SEDEKAH ini saya copy paste dari grup fb surau Al Makmuariah.
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…..” -(surah Al Mu’minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”?
Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada org yg bersedekah.
“Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam ‘tangan Allah’ sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yg besar
13) Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2
NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?
Hits: 3