Karang ayat promote produk biarlah guna cerita betul

Ada pelbagai cara nak karang ayat promote produk.

Ada yang guna ayat terangkan spesifikasi produk.

Ada yang buat ayat terangkan faedah produk.

Ada yang promote guna ayat yang cerita testimoni-testimoni dari pelanggan.

Jadi ada banyak pilihan untuk kita guna tapi biarlah sesuai dengan keadaan.

Tak kisahlah apa juga ayat kita nak guna hanya syaratnya yang paling utama ialah kita gunakan fakta dan bukan auta.

BACA:  Cara promosi tadika yang akan mudah menarik perhatian membuka mata ibubapa

Biasalah adat peniaga bila kita bisnes mesti nak untung jadi barang mesti nak jual.

Ada masanya kita tertekan sangat nak jual tapi target tak capai.

Bagi yang tak sabar ada yang sanggup gadai maruah tipu fakta hanya semata-mata nak produk bagi laku.

Sabarlah.

Kan rezeki itu Allah dah jamin.

Cubalah dalam keadaan apa pun mesti berlaku jujur.

BACA:  Waktu yang berkesan untuk update status marketing ayat power

Jangan tipu.

Bukan apa.

Kita berniaga nak berkat.

Bila fakta itu betul maka terpulanglah bagaimana kita nak karang ayat nak promote.

Kalau tak ada idea carilah mana-mana template.

Tiru susunan dia dan isikan dengan content kita sendiri.

Content yang benar sahaja ya.

Atau boleh tiru strategi ayat promote jualan yang banyak diguna di FB,

BACA:  Perkara wajib patut ada pada ayat iklan FB

Baca, faham, copy dan modify.

Baca: Karang ayat promote produk

2 thoughts on “Karang ayat promote produk biarlah guna cerita betul”

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: