Kadang kita terlupa yang kita ini dalam perjalanan.
Bila terasa seronok yang sedikit pun kita dah terlena dengan nikmat dunia.
Terasa nak terbang tinggi dan tinggi lagi supaya dapat atasi orang lain.
Hebat rasanya bila berada diatas sampai terlupa apa yang ada dibawah.
Dan bila Allah swt tarik sahaja nikmat dengan tiba-tiba kita pun tersentak langsung hilang selera nak hidup.
Terasa sempit dan menggigil nak menghadap keperitan hidup dunia.
Kejamnya dunia ni bagai dah tiada lagi tempat untuk kita mengadu.
Itulah kehidupan ada turun dan naiknya.
Harta dirasakan milik mutlak sendiri.
Walhal harta milik kekal adalah harta abadi yang diwakafkan.
Manakala timbunan ringgit didalam bank belum tentu lagi menjadi kepunyaan.
Malah menjadi harta orang lain apabila diwarisi kelak.
Oleh itu janganlah kita lupa untuk hantar harta kita ke bank akhirat yang akan menjadi milik kekal kita secara abadi buat tanggungan perkiraan timbangan nanti.
Untung sabut timbul harta abadi bakal menjadi kesenangan tempat tinggal sempurna.
Untung batu tenggelam, harta itu kelak boleh dijadikan tebusan kepada dosa-dosa silam kita nagi membolehkan kita membersihkan diri dari sisa noda sebelum dibenarkan masuk ke tempat tinggal abadi.
Bagi memastikan kehidupan yang lebih baik di kampung akhirat abadi eloklah mulakan wakaf dan sedekah bagi membeli tempat tinggal di sana.
Adakah kita dah buat persediaan?
Hits: 9