Kelebihan dan kelemahan Nissan Almera yang korang kena tahu sebelum membeli

Nak bagi tahu Nissan Almera ni kira bagus la jika nak cari yang kelas ekonomi tapi yang memang target nak kereta tip top elok beli yang full spec atau cari kereta model up sikit.

Kelebihan Nissan Almera ni ialah pertamanya kenapa orang beli ialah ruang kaki penumpang belakang yang sangat luas. Jauh lebih luas dari kereta yang sekelasnya. Itu faktor utama sekali.

Yang lain-lain tu ok je, bonet belakang tempat barang rasanya sama je kereta lain pun.

Kelemahan Nissan Almera yang ketara ialah akibat nak jimat kos, pembuat kereta ni dah terabai beberapa perkara.

Mula-mula sekali ialah radiator fan bearing out dan ini memang terjadi dalam banyak komplen pelanggan.

Jika dalam waranti ok lagi boleh ganti free.

Keduanya, bearing tayar pun boleh rosak walau belum capai umur kereta 5 tahun. Kalau ada 4 tayar memang ada kemungkinan semua boleh rosak tapi tidaklah serentak. So, sebelum 10 tahun mungkin korang akan kena tukar ke empat-empat bearing.

Satu lagi yang major, ada juga komplen yang pernah tukar arm tayar depan.

Boleh detect ni bila rasa langgar lobang stereng dan tayar depan gegar semacam.

So, korang boleh fikir dan timbang dulu sebelum nak beli Nissan Almera.

Adakah mereka sudah ambil iktibar dan perbaiki atau masih di takuk yang sama.

Cek dulu ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge