Belajarlah Dari Sejarah Kemajuan dan Kehebatan Dunia Yang Tidak Dijiwai Dengan Akhirat Tidak Diberkati

Buatlah dan hiduplah kerana Allah swt tapi bukan hanya di mulut mesti dijiwai sekali.

Banyak bukti silam menunjukkan tamadun yang jatuh apabila berlaku kezaliman terhadap Allah swt.

Terdapat juga kisah Al Quran yang menceritakan kekayaan Qarun yang memakan diri. Qarun mungkin bukan sebuah tamadun tetapi kekayaannya sangat hebat semacam ia dipunyai oleh sebuah kerajaan yang besar. Dengan kekayaan yang luas mengapa Qarun di benamkan bersama harta-hartanya? Ia satu kerugian besar melainkan jika hartanya tu di zakat, sedekah, wakaf, infaq pasti sudah tentu berbeza nasib Qarun. Keberkatan telah hilang maka rahmat pun telah diangkat hilang dari beliau.

Kita semua pernah tahu mengenai Kerajaan Baghdad yang sangat maju serta tinggi ilmunya dimana tamadun Islam berada di kemuncaknya. Mengapa kerajaan Islam yang hebat ini sepatutnya gah bagi menunjukkan kehebatan Islam tapi akhirnya di hancurkan oleh bangsa yang tidak bertamadun iaitu bangsa Mongol?

Kemajuan itu adalah satu kecermelangan yang palsu jika ia melalaikan umat dari mengingati Allah swt. Kemajuan yang terhebat tapi tak dapat membawa kita kepada iman dan ingat akan Pencipta akan jadi merosakkan.

Untuk betul mengetahui bagaimana kisahnya kita perlu membaca lanjut. Kemajuan selalunya datang sekali kemewahan dan keselesaan yang menjadikan umat lalai dalam beribadah, tidak mengembangkan Islam, suka duduk santai dan berhibur serta tidak ingat untuk aktif berdakwah. Mungkinkah?

Diberitakan bangsa Mongol yang tidak bertamadun ini menghancurkan tamadun Islam Baghdad, membunuh ulama, merosakkan semua manuskrip ilmu-ilmu di perpustakaan sampaikan air sungai bertukar ke warna dakwat akibat banyaknya buku dan manuskrip yang dibuang bagi tujuan untuk dilenyapkan ilmu dari para ilmuwan.

Pelik juga diketahui bangsa Mongol ini pula kemudian dari asalnya tidak bertamadun ada yang tertarik dengan Islam, mempelajari Islam, membangunkan kembali tamadun Islam kemudiannya.

Bila orang Islam selesa dan duduk dirumah masing-masing dan lupa pada tanggungjawab, Allah swt pula menghantar orang yang tidak mengetahui Islam untuk datang ke bumi Islam untuk mempelajari Islam.

Perancangan Allah swt tu Maha hebat dan tak terjangkau dek akal.

Begitu juga kalau kita pernah dengar mengenai Kerajaan Islam Melaka. Waktu itu Melaka berada di kemuncak tamadun. Tapi apa yang sebabkan Melaka hancur? Kezaliman, salah guna kuasa, tamak haloba, adu domba jika nak tahu kita boleh buat sedikit penyelidikan. Unsur-unsur inilah yang melemahkan Melaka dari dalam dan menjadikan pertahanannya lemah dan mudah dibolosi dari luar kerana ada pengkhianatan dari dalam.

Melaka dihancurkan oleh Portugis yang juga baru keluar dari zaman gelap. Melaka yang bertamadun tinggi dihancurkan oleh Portugis yang bertamadun lebih rendah. Kapal Melaka saiznya lebih besar dari kapal Portugis. Senjata Melaka adalah lebih banyak dan lebih canggih dari Portugis yang terpkasa berlayar jauh ke nusantara. Ilmu pelayaran laut orang Melaka lebih luas dan lebih berpengalaman dari orang Portugis yang terpaksu mengupah orang lain sebagai pemandu arah di lautan.

Portugis bercita-cita nak musnahkan Islam, memerangi Mekah, menghancurkan Kerajaan Islam Turki tetapi memilih Melaka kerana ianya punca kekuatan dan sokongan yang perlu dimusnahkan dari peringkat bawah. Bila dibawah dilumpuhkan maka yang diatas akan runtuh dengan lebih mudah.

Secara tak langsung Melaka menjadi penyelamat Mekah namun Melaka seharusnya kuat supaya pengaruh Portugis dan kristian tidak bertapak di Nusantara.

Takdir Allah swt sudah tersurat Melaka kalah. Perjuangan mempertahankan Melaka pada 1511 dan beratus tahun setelah itu secara tidak langsung menguatkan jati diri pejuang Islam untuk mengambil kembali Melaka.

Raja Melaka yang melarikan diri ke negeri lain beranak pinak dan mewujudkan kerajaan Islam di negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Ini pun perancangan Allah swt jua. Sewaktu maju dulu tamadun Melaka adalah tempat yang mewah dan selesa dengan limpahan rezeki.

Namun apabila dijajah semuanya berpindah ke negeri lain dan membawa sekali agama Islam tersebar di seluruh Tanah Melayu.

Rahmat dari Allah swt tidak terduga. Ada hikmah disebalik dugaan.

Oleh itu kita perlu sentiasa ingat dengan kemewahan yang kita ada janganlah dilupakan kemajuan Islam seperti sedekah untuk kebajikan mualaf yang baru masuk Islam menjamin dakwah Islam berterusan, zakat bagi membangun ekonomi ummah, ibadah korban agar dapat berkongsi daging dengan orang yang memerlukan, memberi bantuan kepada saudara Islam di Syria, Palestin dan dilain-lain tempat bagi menguatkan kesatuan ummah dan daulah yang utuh, berbuat baik selalu dan tidak pentingkan diri sendiri, utamakan ummah dahulu.

Salahuddin Al-Ayubi bila memilih pemimpin adalah memilih orang yang tidak pernah tinggal solat malam tahajjud, taubat, hajat. Itulah yang menjadi tunjang kekuatan selain dari kemajuan duniawi (ekonomi, ketenteraan, teknologi dan sebagainya) yang menjadi sokongan tapi bukan menjadi yang utama bagi menjamin tamadun Islam yang hebat.

Hits: 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge