Kenapa duit penting walaupun kau kejar akhirat?

Cuba kau tanya diri sendiri soalan ni.

Nak beli makanan kau pakai apa? Jangan kata makanan tak penting kalau tidak bagaimana nak kekalkan badan sihat dan bertenaga waktu beribadah.

Nak keluarkan zakat mesti kena ada modal nanti terlepas pahala besar, macam tu juga bila nak bersedekah.

Nak menyara menyara keluarga bagi makan, minum, pelajaran, agama mana mungkin modal sedikit dah cukup. Lebih besar modal lebih baik kemudahan yang kau boleh beri pada keluarga. Moga-moga dengan lebih banyak kemudahan, lebih baik ingatan dan syukur kau kepada Allah swt lebih banyak ibadah dan ketaatan.

Baca:  Patutlah harga mahal warga asing cengkam rantaian sayur Lembah Klang

Jika tengok konteks yang lebih besar, tahukah kau berapa modal nak operasi sekolah agama, sekolah pondok atau sekolah tahfiz?

Tanpa modal besar nanti tak ramai yang boleh join dan boleh belajar agama nanti siapa pula nak dipersalahkan?

Nak berdakwah ke sana dan ke sini tu kau nak naik apa lepas tu, nak isi minyak lagi, apatah lagi modal untuk makan minum pendakwah dan kalau boleh nak sumbang juga kepada yang nak didakwah.

Tahukah kau pendakwah ni masuk ulu bawa 80 kampit beras naik bot nak bagi kat orang asli. Tahu-tahu je bila sampai pendakwah ni nampak lori satu tan tangah turunkan beras nak bagi kat orang asli yang dibawa oleh pendakwah agama lain. Ntah-ntah beras tu mungkin dah turun dengan helikopter terlebih awal lagi.

Baca:  Patutlah harga mahal warga asing cengkam rantaian sayur Lembah Klang

Jadi kalau kau kata nak kejar akhirat tu duit tak banyak tak apa cuba-cuba fikir balik apatah lagi kita yang tengah berada di akhir zaman ini!

Cuma ingat je jangan sampai jadi hamba duit dah tak kira halal haram. Tu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge