Kenapa haiwan liar melata diharamkan makan, ini hikmahnya bila terjadi outbreak jangkitan coronavirus yang ditakuti

Haritu singgah masjid dan solat berjemaah ternampak banner ceramah. Tajuk dia halal dan haram dalam Islam. Hmmm…biasa tajuk ni dah takde modal ke masjid ni. Ingatkan fikir gitu je.

Jadi bila nak keluar melangkah masjid tu ceramah pun nak mula. Sambil jalan ke kereta tu baru terperasan bila penceramah sebut pasal tular virus dari China tu.

Rupanya dia nak kaitkan dengan tabiat manusia yang dah tak hirau lagi dengan larangan dalam ajaran Islam bahwa yang haram itu bersebab. Walaupun larangan-larangan ini dah ujud 1400 tahun yang lalu melalui turunnya Al Quran ramai umat yang ambil ringan.

Walhal fakta dalam Al Quran itu memang kebanyakannya hanya disedari kebenarannya dari bukti sains yang disedari hanya terkemudian sebab dahulu perintah itu diambil bulat-bulat sahaja atas dasar perintah.

Tapi dalam keadaan sains dan teknologi yang maju pun dan dibuktikan dengan fakta pun manusia masih nak melawan fitrah.

Dalam kes virus ni ialah dikenalpasti puncanya adalah dari pasar makanan laut yang juga menyediakan daging binatang eksotik yang pelik yang hidup liar. Haiwan-hiawan inilah merupakan perumah kepada virus yang berbahaya.

Jika kita ingat antara virus yang kita sendiri pernah dengar disini adalah virus kencing tikus yang dibawa oleh tikus liar di hutan yang diperolehi oleh pengunjung semasa berkelah di sungai dan air terjun.

Simptomnya juga agak pelik dan drastik. Sakit yang datang seperti denggi dan merebak cepat sebabkan kesihatan turun mendadak dengan pantas sehingga pakar perubatan sendiri tidak mampu catch up untuk buat rawatan.

Begitu juga dengan kes coronavirus ini, jangkitan berlaku masih belum diketahui bagaimana. Pesakit sukar dirawat manakala jangkitan sangat mudah berlaku sehingga doktor yang merawat pun boleh dijangkiti. Sebaran virus berlaku pantas sehingga di China beberapa hospital segera dibangunkan dengan masa yang singkat bagi menampung bilangan katil pesakit yang tak mencukupi.

Yang jelasnya disini adakah Allah swt atau manusia yang lebih tahu tentang ciptaanNya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge