Ada yang tak kena?
Fikiran anda pasti buntu.
Dan tidak tahu apa yang tidak kena dengan diri anda sendiri.
Ini dipanggil sindrom jiwa kacau.
Mengapa ini terjadi?
Jawapannya mudah saja. Kita ini hamba Allah.
Jiwa tenang apabila mengingat Allah swt.
Jiwa menjadi kacau apabila kita jauh dari Allah swt.
Apa yang menjadikan kita tenang sebenarnya?
Keberkatan dan Rahmat Allah swt.
Jiwa tak tenteram bermaksud jiwa kita kosong kerana tidak diisi dengan ayat Allah swt.
Bila kosong, syaitan dan iblis akan berbisik-bisik dan ini menjadikan fikiran kita serabut.
Jika anda berada dalam situasi ini anda tidak perlukan cuti ke luar negara, anda tidak perlukan rawatan spa, anda tidak perlukan kaunseling pakar TAPI anda perlukan Rahmat Allah swt.
Anda perlu jemput kembali Rahmat Allah yang telah hilang dari dalam hati anda.
Susun atur kembali hidup anda selayaknya sebagai seorang Muslim. Jangan samakan hidup kita dengan orang yang bukan Islam.
Hidup kita ada sunnahnya dan apabila kita melawan sunnah maka hidup akan jadi tidak tenteram.
Kembalilah kepada Allah swt dan Dia akan memberi anda kembali RahmatNya yang akan menjadikan anda tenang dan yakin.
In shaa Allah.
Klik sini —-> Ketenangan datang dari rezeki yang BERKAT
NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?
Hits: 14