Kenapa Perlu Ke Nak Main Saham Ni?

Mestilah anda memikirkan bagaimana untuk menambahkan hasil pendapatan masing-masing, sebab bila kita dah ada income kalau simpan sahaja di bank pulangannya tak banyak kalau dalam simpanan tetap pun setahun mungkin dalam 3% – 4%, dan kalau simpan di dalam akaun asb dan tabung haji pulangannya pun lebih kurang 7% – 8% setahun sahaja , tetapi di dalam pelaburan saham kita boleh dapat lebih. Apa yang boleh kita perhatikan dalam saham boleh dapat minimum 20% dalam masa setahun.

Jadi di dalam artikel ini akan terangkan kepada anda bagaimana atau pun kenapa perlu mulakan pelaburah saham. Antaranya adalah:

1. Alternatif kepada pelaburan ASB atau tabung haji sebab ada setengah orang yang tidak percaya kepada ASB sebab diragukan status halal atau pun tidak. Sesetengah orang tidak ada membuat simpanan dalam
ASB yang ada hanya tabung haji namun itu pun hanya memberikan pulangan 7%-8% setahun maknanya kalau anda simpan RM10,000 anda cuma dapat lebih kurang Rm700 hingga Rm800 dalam masa setahun jadi angka tu terlalu kecil sebenarnya. Saham ini boleh memberikan pulangan yang sangat lumayan dan satu lagi untuk pelaburan saham ini modal yang di gunakan adalah tidak terlalu tinggi. Ramai orang ingat yang pelaburan saham ini modal terlalu besar. Jadi sebab pertama yang di beritahu tadi adalah main saham adalah kerana ia boleh jadi alternatif kepada pelaburan ASB atau Tabung Haji.

2. Saham mudah untuk bermula sebab anda untuk bermula anda harus perlu memiliki akaun cds atau dikenali “central deposit system” kalau tak silap iaitu ia berdaftar dengan bank negara anda hanya perlu jumpa remisier dengan mana mana broker bank sebab kebanyakkan bank ada contohnya macam cimb menggunakan i-tradecimb iaitu dari cimb investment bank bukan cimb bank yang biasa tu. Anda perlu mencari cimb investment bank ataupun kalau maybank anda boleh pergi ke maybank investment bank atau pun osk rhb. Osk itu adalah broker broker yang menawarkan servis untuk anda daftar bukak akaun dahulu. Buka akaun ini tak mahal sebenarnya hanyalah RM10 sahaja semasa membuka akaun nak buka akaun bank lagi mahal dari buka akaun cds untuk anda memulakan pelaburan saham.

3. Jadi sebab yang ketiga pula anda perlu bermula adalah sebab modal yang rendah. Anggaplah modal dalam saham sebagai duit yang anda nak gunakan sebagai simpanan tadi dan anda gunakan untuk melabur dalam saham maksudnya duit yang anda dah asingkan dan kemudian kelak akan datangkan keuntungan berganda dan balik modal.

Baca: 5 langkah tingkatkan keuntungan dalam saham

Hits: 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge