Kenapa Perlu Onlinekan Perniagaan Anda di Facebook

Medium sosial Facebook masih merupakan medium yang paling banyak pengguna berbanding media sosial yang lain. Terdapat lebih kurang 24 juta pengguna rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Facebook berumur dari 18 tahun hingga 65 tahun, manakala terdapat lebih kurang 4 juta pengguna berdaftar yang berumur dari 24 tahun hingga 44 tahun.

Melihat kepada statistik ini Facebook masih lagi berbaloi di jadikan medium pemasaran secara online memandangkan pengguna yang sangat ramai. Oleh yang demikian, perniagaan online masih boleh dijalankan dengan Facebook cuma strateginya mungkin berbeza berbanding 10 tahun terkebelakangan.

Jika dahulu orang hanya ada FB profil sahaja dah mencukupi namun kini Fb page adalah lebih relevan kerana punya unlimited friend dan follower berbanding dengan FB profil yang hanya membenarkan seakat 5,000 friends dan followers.

Strategi lain adalah dengan membuat iklan fb yang benar-benar targeted dan tidak lagi hanya blast ads kadang pakai boost post sahaja. Dengan precision target yang benar-benar dikenalpasti, iklan yang berkesan dengan kos yang rendah boleh diperolehi.

Jadi Facebook masih relevan untuk berniaga seeloknya jalani kajian sedikit bagaimana mencari teknik yang paling mudah, praktikal dengan kos yang menjimatkan pasti akan memberikan pulangan yang setimpal.

Hits: 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge