Kenapa rasa tak bahagia adalah kerana anda tak pandai bersyukur

Rasa bahagia datangnya dari hari. Bahagia datangnya bukan sebab duit atau rezeki yang banyak masuk bertali arus. Bukan tak boleh bahagia kerana kaya atau rezeki tetapi ada syaratnya. Anda mesti rasa syukur di hati dan akui itu anugerah Allah swt.

Apa jua pun sebab nak rasa bahagia – sebab anak-anak comel, isteri yang setia, kereta yang mewah, banglo yang besar luas selesa mesti di dahului dengan pengakuan atau memperakui dengan syukur bahawa itu adalah rezeki utusan Allah swt.

Baca:  3 sebab kenapa anda rasa bosan dalam hidup dan cara mengatasinya

Itu je tapi masih ramai yang tak nampak.

Apabila harta mendahului syukur, hati tak semena secara automatik akan gelisah. Perasaan tak tenang. Datang rasa gundah. Di luar nampak hebat tapi hati berkecamuk dan tidak menentu.

Jika anda begini, ubatnya adalah bersyukur.

Banyak cara untuk tunjukkan rasa syukur.

Pertama-tama mestinya detikkan dalam hati rasa syukur kepada Allah swt. Lebih mantop boleh buat sujud syukur on the spot. Kemudian tambah lagi dengan solat sunat 2 rakaat. Buat sedekah yang di dorongkan dari rasa syukur tadi. Seterusnya istiqomah dengan ibadah dengan tanpa putus nyatakan rasa syukur pada Allah swt.

Baca:  Peluk Islam bukan ertinya kita masuk Melayu

Setiap detik melihat sekeliling, rasalah syukur dalam hati alangkah beruntungnya kita ini masih berada di tempat kita berbanding orang lain ada yang lebih susah dari kita.

Syukurlah secara berterusan dalam setiap saat hidup kita.

Barulah hati akan berasa tenang dan bahagia.

In shaa Allah.

Amin.

Hits: 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Popups Powered By : XYZScripts.com