Kerja kosong sambilan di rumah untuk hasilkan wang tambahan

Di waktu ini tentu ramai yang sedang mencari kerja kosong untuk diisi. Tahukah anda selain dari mengejar kerja dengan gaji tetap yang sangat sengit persaingannya, ada peluang yang terbuka luas jika anda dapat memahami paradigma baru agar kita mencipta peluang kerja untuk diri sendiri.

Jika kita rajin mencari, sebenarnya terdapat banyak peluang untuk menambah pendapatan di internet samada sebagai agen jualan produk fizikal, agen produk info, agen iklan, agen pengumpul maklumat dan pelbagai lagi agen yang tak mampu nak disebutkan disini kerana saya sendiri kurang maklumat kerana terlampau banyaknya peluang yang masih belum diterokai.

Agen produk fizikal ini selalunya disebut sebagai agen dropship dimana anda hanya perlu offer pre order dan barang akan dihantar oleh pembekal hanya setelah pembeli membayar. Cara ini tidak memerlukan modal sekiranya pendaftaran menjadi agen tidak dikenakan bayaran.

Agen produk info pula lebih dikenal sebagai affiliate. Produk info yang dimaksudkan selalunya adalah ebook, video dan yang sewaktu dengannya. Apa yang perlu dibuat hanyalah promosikan link affiliate anda dan setiap pembelian oleh pelanggan melalui link affiliate anda akan mendapat komisen secara otomatik. Rugi jika anda tidak cuba cara ini.

Agen iklan pula contohnya adalah seperti anda daftar dengan Google Adsense. Cumanya cara ini anda perlu ada blog sendiri. Walaubagaimanapun ada sesetengah portal artikel yang menyediakan revenue sharing jadi tugas anda hanya tulis artikel dan buat posting di portal. Klik dari iklan yang dipapar pada artikel anda akan menghasilkan wang yang dikongsi bersama penulis dan pemunya portal.

Seterusnya, agen pengumpul maklumat yang dimaksudkan adalah seperti membuat survey, mengumpul email, mengumpul no. telefon, butir-butir detail pelanggan dimana setiap dari maklumat yang dilengkapkan akan dibayar denga sejumlah wang. Namun harus diingat semuanya ini adalah dilakukan dengan cara beretika dan dipersetujui oleh pelanggan.

Jadi jika dilihat diatas ini sahaja sudah banyak perluang yang kita ada untuk menambah pendapatan. Anda boleh explore dengan lebih banyak lagi kerja kosong sambilan seperti ini terutamanya pilihlah peluang kerja kosong sambilan yang sesuai dengan jiwa dan anda pun suka untuk melakukannya.

Hits: 5

1 thought on “Kerja kosong sambilan di rumah untuk hasilkan wang tambahan

  1. Pilihan di tangan masing-masing, terdapat banyak jenis teknik cari duit untuk meringankan bebanan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge