Kesan Ekonomi Akibat Covid 19

Sharing is caring

Aku bukan pakar ekonomi nak buat analisa kesan ekonomi akibat covid 19 ni.

Tapi sebagai manusia biasa kita selalu perhatikan dan nampak sesuatu di sebalik kejadian yang sedang berlaku ni.

Tak tahu la korang nampak apa dan macamana cuma aku nak beritahu apa yang aku nampak je.

Selebihnya korang fikirlah dan buat penyelidikan masing-masing.

Apa yang aku nampak bila berlaku wabak Covid-19 banyak belanja yang dikeluarkan untuk membantu golongan yang terkesan.

Untuk memberi bantuan ini negara akan berhutang.

Kenapa ada golongan terkesan adalah kerana perniagaan tidak dapat dijalankan bagi membendung wabak.

Ramai orang dibuang kerja.

Jika tuntutan kehidupan seharian tidak dipenuhi kemungkinan besar timbul ketidakpuashatian bagi pihak yang terkesan.

Jadi kerajaan mesti membendung masalah ini dengan memberikan bantuan yang berterusan kerana wabak ini berlaku dalam beberapa gelombang yang belum tahu bila akan surut.

Sesetengah produk luar yang diimport akan terkesan logistiknya samada masuk lebih perlahan dan lambat atau langsung terputus bekalan.

Tapi aku nak bagi tahu agar kita semua sedar adalah hutang negara akan bertambah berkali ganda.

Bagi negara yang tiada sumber pendapatan yang terhasil secara dalaman sepenuhnya dan banyak bergantung kepada sumber luar akan terkesan lebih teruk dari negara yang tidak bergantung kepada sumber luar.

Pengurusan kewangan yang tiris, politik yang tidak stabil, pemimpin yang rasuah akan memburukkan lagi keadaan ekonomi sebuah negara dan jika tidak di kawal selia dengan baik akan sebabkan kejatuhan ekonomi negara itu sendiri.

Bila ekonomi jatuh akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Penjajahan mungkin boleh terjadi secara halus.

BACA:  Patutlah harga mahal warga asing cengkam rantaian sayur Lembah Klang

Tidak seperti dahulu penjajahan melibatkan peperangan.

Pada zaman siber serba maju ini penjajahan berlaku dengan lebih halus dan tidak nampak macam juga virus covid 19 ini.

Negara yang berhutang banyak melebihi kemampuan untuk membayar balik balik akan terjerat dengan kehendak pihak-pihak berkepentingan.

Sebab itu dahulu ada timbul cadangan-cadangan dari pakar ekonomi agar negara membangunkan ekonomi dalaman.

Wujudkan industri tempatan.

Rancakkan pembangunan industri berasaskan pembuatan.

Industri kecil dan sederhana perlu terus kukuh dan membina.

Negara yang penuh dengan hasil bumi semulajadi perlu menukar bahan mentah kepada produk dengan ujudkan industri pembuatan dalam negara.

Berbanding mengeksport bahan mentah ke luar dan menjual secara pukal.

Sebaliknya hasilkan produk-produk dari bahan mentah di dalam negara ini sendiri.

Kursus-kursus pengajian di universiti mesti di bentuk untuk memenuhi keperluan ini.

Kursus kejuruteraan bioproses dan bioteknologi mesti di buat dan diadakan secara teknikal dan bukan teori semata-mata.

Bukan itu saja kursus lain juga penting dengan menerapkan hands on, teknikal dan tidak hanya pembelajaran buku teks dalam dewan kuliah sahaja.

Adakala amali ini perlu di cuba dahulu kemudian baru rujuk buku dengan rasa tanpa takut-takut tersilap apabila ada pihak-pihak yang mencemuh atau dapat kurang gred kerana dianggap gagal.

Sudah ada banyak universiti teknikal jadikanlah kursus ini diusahakan sekali dengan kursus pemasaran dan pengilangan.

Bangunkan anak muda tempatan untuk bangunkan syarikat dan pasarkan produk ini dalam dan luar negara.

Kita boleh sahaja lihat contoh negara yang terkenal dengan teknologi tempatan dan bangga dengan universiti pengajian dan teknologi tempatan yang mereka ada.

BACA:  Kenapa duit penting walaupun kau kejar akhirat?

Menyediakan sekitaran yang kondusif mengikut acuan dan keperluan negara sendiri.

Tidak perlulah terikut-ikut dengan arus dari luar yang tidak sesuai dengan negara sendiri.

Lihat sahaja Jepun, Korea, Germany dan paling signifikan sekali adalah China.

China hasilkan produk-produk sendiri secara pukal dan lebihan produk ini dijual keluar melalui portal dalam talian oleh Alibaba.

Mereka boleh bergantung kepada sumber dalaman negara dan selebihnya baru dijual keluar.

Mereka menghargai produk yang di hasilkan oleh negara sendiri.

Kemudian sentiasa upgrade produk-produk tersebut sehingga puas hati.

Bila sendiri pakai puas hati barulah dijual keluar sudah tentu orang lain yang guna juga puas hati sebab dah teruji secara dalaman.

Ni macam kena audit dalam dulu sebelum di audit oleh external.

Jadi sesebuah negara perlu bangunkan dan menyokong ekonomi dalaman untuk terus tumbuh supaya negara akan terus kekal segar dan kondusif serta kebal dari kesan yang tidak dijangka.

Dan kita sebagai individu seeloknya perlu menguatkan ekonomi keluarga kita untuk bantu diri sendiri dan sekiranya berlebih bantu orang lain pula.

Apakata masing-masing mulakan bina ekonomi keluarga?

Mulakan secara online sesuai dengan norma baharu sekarang ni.

MAHU AYAT PROMOSI YANG MENARIK UNTUK MENJUAL?

DAH SAH-SAH NAK MENIAGA DI FACEBOOK GUNA LAH AYAT PROMOSI YANG MAMPU MEMIKAT PELANGGAN BARU LAH ORANG AKAN TERTARIK

BERMINAT NAK TAHU AYAT MENARIK UNTUK MENJUAL DI FACEBOOK?

>> PERCUMA JER DAPATKAN TEMPLATE AYAT JUALAN YANG MENARIK UNTUK BUAT PROMOSI DI FACEBOOK! <<

Hits: 18

Leave a Comment

CommentLuv badge