Konsep ayat promosi yang mesti difahami untuk ‘evergreen’kan bisnes online

Sharing is caring

Ramai yang tersalah faham lantaran tidak tahu. Mereka anggap ayat promosi tu ialah ayat power yang menjual kaw kaw punya dengan segala tawaran menarik bagai semacam diskaun, free gift, dan pelbagai tawaran menarik sekali seumur hidup.

Walhal ayat promosi adalah sebenarnya ayat yang memastikan bahawa bisnes anda sedang berjalan dan sentiasa nampak di mata dan tersemat dihati pelanggan. Dengan kata lain ayat promosi adalah memastikan pelanggan akan sentiasa ingat kepada bisnes anda.

Oleh itu ayat promosi mesti di post kan selalu sepanjang masa. Hairan pulakkan takkan nak menjual sepanjang masa. Kita pun boleh naik muak kan. Haa…disinilah kita dah salah faham. Ayat promosi tu sebenarnya pelbagai.

Tahukah anda jenis-jenis post yang mendapat perhatian dan engagement di Facebook? Antara jenis posting yang mendapa tempat di media sosial Fb adalah post yang mengandungi informasi, tips, cerita, konten dan sebagainya. Manakala post yang didalamnya hanya ada ayat jualan, engagement adalah antara yang paling rendah dan amat tidak disukai.

Jadi apabila anda buat ayat promosi untuk tonjolkan bisnes sendiri maka ikutlah trend sedia ada. Bagaimana caranya?

Baca:  Cara Buat Storytelling Untuk Menjual Dan Membina Jenama Anda

Banyakkan posting yang bermanfaat dahulu. Bak kata orang buat posting nak bagi intro dulu. Mula-mula buat posting untuk perkenalan. Kemudian posting rapatkan hubungan. Di lain kali buat pula posting dengan berikan info-info terkini dan update perkembangan terkini. Tambahkan maklumat dengan posting kongsikan faedah-faedah dan kelebihan pada waktu yang lain pula. Posting sebegini perlu dibuat berterusan bagi menampakkan bisnes anda di mata netizen.

Bila masa nak buat posting? Jika masa anda terhad dan boring pulak rasanya nak posting banyak-banyak nanti habis idea maka pilih posting pada waktu puncak iaitu di awal hari dan di hampir akhir hari. Paling kurang 2 kali sehari. Namun jika anda ada bnyak idea, nak update setiap jam pun tiada masalah cuma kongsikanlah dulu posting-posting maklumat.

So, akhirnya soalan cepumas bila masa nak menjual? Kebanyakan pakar beritahu menjual dalam posting dengan guna nisbah 4:1. Maksudya setelah buat posting share info sebanyak 4 kali barulah buat posting menjual samada dalam bentuk hardselling, softselling, storytelling atau storyselling.

Baca:  Cara marketing produk bagi orang baru yang tiada pengalaman

Jika anda buat posting sekali atau dua kali sehari, seeloknya buat posting menjual pada hari kelima. Namun jika anda kerap buat posting sharing info maka semakin keraplah boleh menjual tetapi masih ikut nisbah 4:1.

Mesti kita ingat nisbah ini adalah menurut sebab dari data FB, pengunjung lebih suka membaca posting info berbanding posting menjual.

Itu adalah asasnya.

Jadi apabila pelanggan skroll newsfeed kita dia akan nampak bahawa kita ni adalah penjual yang agak profesional dan newsfeed kita nampak berinformasi dan berfaedah kepada pembeli. Cuba bayangkan jika posting tu penuh dengan ayat-ayat jualan tanpa ada sikit info langsung maka pembeli akan fed up dan akan beli dari seller yang lain.

Tapi ada rahsianya nak menjual ni.

Kiranya anda rasa nisbah 4:1 ni tak cukup buat anda nak menjual, cara untuk atasinya ialah dengan memasang fb ads pada posting yang menjual tu. Dengan memasang fb ads walaupun anda ada satu post menjual, ianya boleh di set untuk muncul pada nesfeed dalam masa yang lama bergantung pada bajet anda letak. Oleh itu posting menjual ini mestilah posting yang mempunyai struktur ayat promosi yang betul supaya ianya boleh menarik perhatian dan di set pada audien yang betul supaya ada yang membeli.Kesalahan menulis posting menjual dan set pada audien yang salah akan menyebabkan anda kerugian dan tiada respon dari netizen kerana mesej tak sampai kepada orang yang betul.

Baca:  Langkah-langkah menjual secara online di Facebook

Contohnya ayat promosi tudung. Punyalah banyak jenis tudung. Jangan lump sum satu ayat jual tudung untuk jual semua jenis tudung. Setiap jenis tudung punya kategori pelanggan berbeza. Malah, satu jenis tudung pun diminati oleh pelbagai peringkat masyarakat. Jika nak tulis ayat promosi tudung perlu buat banyak set ayat promosi tudung berbeza untuk ditujukan kepada peringkat masyarakat yang berbeza (orang muda, orang tua, remaja, budak sekolah, cikgu, orang kerja pejabat, wanita kerja luar dan pelbagai lagi kategori yang kita boleh senaraikan). Faham ke faham?

Nak menjual di facebook?

Baca: Ini Contoh Ayat Promosi Bantu Jualan di Media Sosial

Hits: 47

Comments |0|

CommentLuv badge

Legend *) Required fields are marked
**) You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>