copywriting penulisan artikel

Kuasai teknik penulisan ayat promosi untuk viralkan bisnes online

Sharing is caring

Saya akui bukan semua orang tau menulis ayat promosi viral.

Tapi sebagai peniaga kita mesti kuasai teknik penulisan ayat promosi untuk viralkan bisnes online. Bisnes online bukan macam bisnes offline ada kedai buka booth tunjuk muka atau call customer.

Especially Gen X dan Gen Y dikatakan semuanya suka dengan online, internet dan wifi.

Tak kenal, tak jumpa muka jadi pemasarannya totally penulisan.

Tulis di Facebook, tulis di Whats App, tulis di sms, tulis di email, tulis di blog semuanya penulisan.

Jadi pada zaman ini kita tidak boleh lari dari penulisan dalam mempromosikan bisnes online.

Di saat saya menulis artikel ini juga saya sedang menulis untuk memberitahu semua bahawa kepentingan menulis dalam mempromosikan perniagaan anda adalah sangat penting.

Baca:  Skrip close sale yang berkesan

Bagi yang malas menulis dan berfikir mereka ambil jalan mudah membuat spam dan menyuruh orang lain membeli produk mereka secara paksa.

Biasanya tiada siapa yang akan melayan promosi paksaan malah mereka akan lari jauh jauh.

Secara psikologi manusia suka membeli tetapi tidak suka dipaksa membeli tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Ibarat window shopping survey dulu kemudian baru beli.

Banyak faktor perlu diambilkira sebelum mengeluarkan wang dari poket.

Murah tetapi reply lambat dan menunjukkan support pun gerenti slow tidak akan trigger orang untuk membeli.

Begitu juga produk mahal belum tentu barang elok dan kadangkala seller tak berapa nak layan atau nak cepat jual agar lepas itu tak payah layan nak elak customer komplen atau refund.

Baca:  Contoh ayat untuk cari ejen dropship untuk owner produk

Sebagai peniaga penulisan ayat untuk mempromosikan bisnes online kita mestilah menggambarkan keadaan sebenar.

Jujur sudah pasti produk atau servis yang mahu diberi mestilah terbaek dan supply dari pembekal yang dipercayai.

Produk, pengiklanan, personaliti peniaga, kata yang ditulis semuanya penting dalam memainkan peranan meyakinkan pelanggan agar mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi.

Ini adalah bagi memastikan bisnes online bertahan lama dan dikenali diakui dan dipercayai.

Penulisan ayat promosi yang mantap akan menambah kekuatan bisnes online meletakkan anda setapak kehadapan dari orang lain.

Baca: Viralkan bisnes online

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 112

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge