tips

Kucing makhluk berkat jemput rezeki

Sharing is caring

Kucing merupakan makhluk yg berkat.

Mengapa?

Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi seorang pejuang dan pemikir Islam Turki.

Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.

Terlintas dihatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.

Pada malam itu Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya.

Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir YA RAHIM berulang kali.

Pada awalnya beliau berkira ia hanya 1 mimpi namun ia memang benar.

Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing2 ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan.

Baca:  Daftar Tadika Bukit Mahkota Kajang

Kucing ini seperti sedang merayu kepada tuhanNya yg bersifat  al-Rahim.

Allahuakbar.

Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dangan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia.

Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.

Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dgn makhluk sepertinya.

Baca:  Perut pedih masa puasa? Ini rahsia kekalkan perut selesa macam hari biasa

Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul?

Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.

Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah.

Jadi kawan2 sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya.

Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita.

Setidak tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing2 ini Allah akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.

Hormatlah pada siapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

2 Comments on “Kucing makhluk berkat jemput rezeki”

  • ya.

    sayangilah kucing selalu.

  • sifu titan; bagi makan lebeh pun takpe