Makan Sayur Macam Makan Ubat

Sharing is caring

Tak semua orang suka makan sayur walaupun sayur penting untuk kesihatan.

Oleh yang demikian bagi sesetengah orang mesti kena paksa makan sayur.

Setiap orang perlu sedar kepentingan makan sayur.

Mengikut saranan Pakar pemakanan dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan agar sayur di makan dalam bahagian separuh dari jumlah hidangan yang di ambil makan.

Bagi memaksa untuk makan sayur anggaplah memakan sayur bersama makanan lain adalah seperti mengambil ubat bagi mencegah dan mengubati penyakit dalam badan.

Makan sayur bukanlah macam makanan lain yang diambil untuk memenuhi kesedapan di tekak atau untuk mengenyangkan perut.

Sayur di ambil sebagai satu keperluan yang tidak dapat tidak di makan bagi tujuan kesihatan.

Kita di didik sejak dari sekolah rendah makan sayur membekalkan badan dengan vitamin dan mineral bagi menjamin kesihatan manusia.

BACA:  Anak tonsil bengkak disebabkan oleh bakteria atau virus dan perlukah antibiotik?

Kekurangan vitamin dan mineral yang dapat dibekalkan kepada badan akan menyebabkan penyakit tertentu yang diakibatkan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi.

Sayur juga kaya dengan antioksida yang mengurangkan kesan dari ancaman bahan pencemaran dari sekitaran atau ancaman bahan toksik dari dalam makanan lain yang kita sendiri ambil.

Tahukan anda setiap dari bahan makanan yang kita ambil semuanya mempunyai bahan toksik yang tersendiri dalam kuantiti yang kecil.

Namun apabila makanan diambil dalam jumlah yang banyak atau makanan mengalami proses yang lebih banyak maka jumlah toksik juga akan bertambah.

Tidak salah untuk mengambil makanan tetapi jika kita bijak pastinya kita akan seimbangkan makanan ini dengan pengambilan sayur.

BACA:  Stay home, stay safe, kerja dari rumah bagi mematahkan rangkaian jangkitan covid 19

Disinilah timbul istilah makan seimbang.

Pelbagaikan makanan – ada karbohidrat, ada protein, ada vitamin dan mineral dan makan dalam nisbah yang betul 2-1-1 iaitu sayur-nasi-lauk.

Dengan cara ini, apa jua yang kita makan pastinya kesihatan kita akan terjaga secara otomatik kerana kita mengambil makanan mengikut keperluan kesihatan dan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

Baca: “BUKU DIET PEMALAS” DAN JADI KURUS DALAM MASA 6 MINGGU!

MAHU AYAT PROMOSI YANG MENARIK UNTUK MENJUAL?

DAH SAH-SAH NAK MENIAGA DI FACEBOOK GUNA LAH AYAT PROMOSI YANG MAMPU MEMIKAT PELANGGAN BARU LAH ORANG AKAN TERTARIK

BERMINAT NAK TAHU AYAT MENARIK UNTUK MENJUAL DI FACEBOOK?

>> PERCUMA JER DAPATKAN TEMPLATE AYAT JUALAN YANG MENARIK UNTUK BUAT PROMOSI DI FACEBOOK! <<

Hits: 15

2 thoughts on “Makan Sayur Macam Makan Ubat”

Leave a Comment

CommentLuv badge