tips

Makanan Halal di Silom Road Bangkok

Sharing is caring

Saje nak share.

Mana tau sape-sape ada yang tersesat di Silom.

Kadang tak sangka kan tiba-tiba kita ada assignment kat Bangkok.

Bos main hantar je tapi kena ikut arahan dan execute apa yang perlu.

So, jika anda ada di Silom sebenarnya tempat ni still ok.

Sebab sini mudah nak jumpa makanan halal.

Masjid pun ada berdekatan.

Shopping souvenir pun mudah.

Ok one by one.

Makanan halal kat sini ada Tamil Nadu restaurant yang halal, nama je Tamil Nadu mungkin sebab owner asal sana.

Lokasi dia ialah di Silom Soi 11.

Makanan dia pastinya makanan India dan cara dia masak memang sedap.

Bukan macam kedai mamak sini tapi ori India punya.

Di Bangkok ni jalan dia ada lorong-lorong tu dipanggil soi.

Jalan utama ialah Silom kemudian ada lorong-lorong yang diberi kod nombor-nombor.

Jalan Silom lorong 11 dipanggil Slom soi 11. Sini letaknya restoran tu.

Baca:  Berminat Untuk Menternak Kambing?

Ada juga restoran halal lain yang berdekatan.

Yang paling sinonim ialah Restoran Ibu. Nama pun ibu.

Ada yang kawan yang dah makan sini rupanya ia restoran orang Kemboja.

Masakan yang ada macam goreng-goreng nasi goreng kampung etc etc.

Masjid pula ialah di Silom soi 20.

Lorong ni sebenarnya pasar dan tempat makan.

Kat celah-celah pasar tu la ada sebijik masjid.

Nama dia masjid Mirasuddeen.

Tak besar sangat just nice dan bersih.

Imamnya orang tempatan tapi kadang beri peluang kepada orang lain jadi imam yang kebanyakannya macam orang Afrika.

Seronok jika dapat solat berjemaah di luar negara.

Islam kan ugama universal kat Malaysia asyik solat dengan orang sebangsa jadi memang unik berjemaah diluar negara.

Siapa yang rasa tahu lah.

Jika anda di Silom nak cari tempat shopping yang best saya cadangkan di MBK.

Baca:  Hidung anak meleleh selsema tiap kali balik dari Taska?

Silom ada pasar malam tapi yang tak bestnya biasalah di Bangkok tengah ronda-ronda ada orang ganggu dan offer benda yang tak sepatutnya.

Dia akan approach dan tanya, “You wanna a show?”

“You want a show?”

Faham-faham je lah, show perkara terlarang kat sana dah biasa.

So, lebih baik blah dan cari tepat shopping terbaik.

The best ialah di MBK.

Naik tren lebih mudah tak sampai selang 1 stensen dah sampai.

Arahnya ialah ke arah National Stadium.

Apa yang best ialah kat sini shopping complex yang menempatkan semua penjaja kecil yang menjual souvenir dan buah tangan ori Thailand.

So memang rambang mata, pergi ya jangan tak pergi.

If you are at Silom.

You must go!

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge